Akhir-akhir ini ramai selebriti tempatan memegang gelaran ‘janda’ disebabkan kes penceraian yang sudah lama atau terbaru hingga dijadikan bahan gurauan oleh sesetengah pihak tambahan yang rupawan.
Satira "Janda" |
Baru-baru ini, Nora Danish yang turut dijadikan bahan lawak telah meluahkan perasaannya yang mengatakan beliau kecewa kerana status ‘janda’ dipermainkan oleh masyarakat.
Selain Nora, artis lain yang turut menjadi bahan usikan ialah Erra Fazira, Rita Rudaini dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Usikan ini bermula apabila kes penceraian Erra Fazira mula mengejutkan satu Malaysia baru-baru ini.
Nora berkata, individu nakal berkenaan tidak sepatutnya memperlekehkan wanita berstatus janda yang boleh membuatkan tanggapan lelaki terhadap mereka menjurus ke arah negatif.
“Jangan sebab wanita itu janda, masyarakat terus label seseorang itu dengan perkara kurang elok. Kami tidak pernah minta untuk diceraikan. Membawa status janda itu sebenarnya sangat berat.”
“Saya rasa, untuk wanita yang diceraikan tetapi mempunyai anak, lebih elok dipanggil sebagai ibu tunggal,” tambah nora Danish yang meminta gurauan ini dihentikan.
PS: Huh!!! Marah betul Si Nora Danish tu bila ada orang saja buat lawak pasal status Janda ni. Terasa jugak dia rupanya bila ada orang buat satira sedemikian.
Mungkin ada betul jugak apa yang dikatakan oleh Si Nora Danish tu. Perceraian tu memang tak de sapa yang mintak. Tak de pompuan yang nak bergelar Janda.
Tapi, macam mana pulak dengan kes Si Nurul Izzah tu? Dia bukannya dicerai oleh suami dia. Sebaliknya, dia sendiri yang buat tuntutan Fasakh di mahkamah.
Tambahan pulak, Si Nurul Izzah tu sebelum ni suka sangat jaga tepi kain orang dan buat cerita yang bukan - bukan. Kesimpulannya, penyakit tu dia cari sendiri. Bukan salah orang lain!!! Sendiri bikin sendiri tanggung la!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.