Halaman

Khamis, Februari 20, 2014

FACEBOOK BELI WHATSAPP RM 52BILLION!!!


Selama hari ini, dah banyak kali dah dapat mesej kata aplikasi WhatsApp tu nak dikenakan bayaran dan sebagainya. Sekarang baru la jelas. Rupanya Facebook dah beli aplikasi tu. Sama ada nak kena bayar atau tidak, kita tunggu la penjelasan selanjutnya!!!
MENLO PARK - CALIFORNIA. Facebook telah membeli aplikasi WhatsApp dengan nilai RM52.71 bilion ($16 bilion).

Ia termasuk RM13 bilion ($4 bilion) tunai dan kira-kira RM39 bilion ($12 bilion) saham Facebook.

Perjanjian dibuat termasuk menyediakan tambahan ($3 bilion) di unit saham terhad sebagai jaminan kepada pengasas dan kakitangan WhatsApp yang akan diberikan tempoh lebih empat tahun untuk penutupan, kata Facebook dalam satu kenyataan medianya.

WhatsApp telah menguasai perkhidmatan pesanan mobil dengan lebih 450 juta penggunaan setiap bulan.

Pengambilalihan ini berkongsi misi untuk membawa lebih sambungan dan utiliti kepada dunia dengan menyampaikan perkhidmatan internet teras dengan cekap dan mampu milik.

"WhatsApp dalam rangka untuk menyambungkan 1 bilion orang. Perkhidmatan yang mencapai kejayaan yang sangat berharga.

"Saya telah mengenali Jan (Jan Koum) sejak dulu dan saya teruja untuk bekerjasama dengan beliau serta pasukannya bagi membuka dunia lebih luas," kata pengasas Facebook, Mark Zuckerberg.

Pengasas WhatsApp, Jan Koum berkata, pihaknya juga berbesar hati dapat bekerjasama dengan Mark dan Facebook.

1 ulasan:

  1. whatsapp memang kene bayar pun sebelum facebook beli...so ape isu nye,,kalau whatsapp akan digulingkan masih banyak lagi aplikasi mesengeryg lain

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.