Sebagaimana puak - puak PAS tu anggap Si Kassim Ahmad tu memerlukan bimbingan yang sewajarnya, maka tak salah jika kita kata yang Si Nurul Izzah tu pun perlu bimbing yang sama.
Anak kesayangan Si Ketua Penipu tu bukan sahaja memerlukan bimbingan dari sudut agama. Malah dia juga memerlukan bimbingan dari sudut pengurusan rumah tangga.
Si Nurul Izzah tu juga pernah mengutarakan pandangan yang konservatif serta bertentangan dengan syarak serta cuba memesongkan akidah umat Islam di Malaysia. Terutamanya dikalangan orang Melayu.
Bukan setakat isu berkaitan dengan bab Kebebasan Beragama dikalangan orang Melayu sahaja yang dipertikaikan. Sebaliknya kebebasan orientasi seksual juga turut pernah dibangkitkan oleh Si Nurul Izzah tu secara terang - terangan.
Tapi IRONIKnya, pada ketika itu, puak - puak PAS ni tak de pulak nak melabelkan Si Nurul Izzah tu sebagai SESAT. Jauh sekali diorang nak mengkritik serta mengecam tindakan yang dibuat.
Jelas, puak - puak Parti Angguk Saja tu pun menghukum orang mengikut fahaman Politik semata - mata. Bukannya mengikut penjelasan serta hukum Islam yang sebenar. Jadi, tak heran la jika mereka boleh memperlekehkan penjelasan yang telah dibuat oleh pihak JAKIM sebelum ini!!!
Jakim memandang serius dalam isu yang dibangkitkan dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian pada 15 dan 16 Februari 2014 anjuran Ahli Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.Jakim juga ingin menjelaskan bahawa pemikiran dan pandangan yang dikemukakan adalah bercanggah dengan prinsip dan juga sumber hukum dalam ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi asas pegangan masyarakat Islam di Malaysia.Saya telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara ini.Di samping itu, saya juga memohon kerjasama dari pihak Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dapat memantau dan memberi perhatian terhadap isu ini secara berkesan dan wajar dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada sekiranya bersesuaian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.