Keengganan Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatan selepas kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil DUN Kajang 23 Mac nanti, sudah menjadi pengetahuan semua orang setelah disiarkan akhbar The Star semalam.
Surat perletakkan jawatan yang akan berkuatkuasa pada tarikh yang sama keputusan DUN Kajang diumumkan, masih belum ditandatangani Khalid sehingga kini, walaupun pejabat Ketua Pembangkang telah menyerahkan kepada pejabat Menteri Besar Selangor lebih seminggu dulu.
Aku difahamkan, orang yang membocorkan maklumat sulit ini kepada The Star ialah Faekah Hussin - individu yang paling kerugian dari segala segi bila Khalid dilucutkan jawatan Menteri Besar supaya Anwar boleh mengambil alih.
Tawaran gaji lumayan, RM 50,000 sebulan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor nampaknya tidak menarik minat Khalid yang dikatakan memperolehi lebih 3 kali ganda pendapatan dengan jawatannya sekarang.
Sebagai Menteri Besar Selangor, Khalid turut menjadi Pengerusi kepada hampir semua anak syarikat milik kerajaan negeri dan syarikat Menteri Besar Diperbadankan.
Ada juga ura-ura mengatakan Khalid telah berpakat dengan Sultan Selangor yang secara dasarnya tidak menyokong perlantikan Anwar sebagai ketua kerajaan negeri yang baru. Ini setelah Khalid dilihat kerap keluar masuk Istana Selangor sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Dari sudut mana sekalipun, keengganan Khalid melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor adalah satu pengkhianatan kepada PKR dan Pakatan Rakyat. Khalid tahu, sepanjang menjadi Menteri Besar, dia telah banyak melakukan salah laku yang akan terdedah bila orang lain mengambil alih.
Maka itu, dengan apa cara sekalipun, jawatan tersebut perlu dipertahankan Khalid, sehingga ke titisan darah terakhir kalau perlu. Malah Khalid juga bersedia mengisytiharkan darurat di Selangor supaya DUN negeri tersebut dibubarkan kalau perlu.
Anwar bagaimanapun telah maklum akan situasi ini dan telah mengambil segala langkah yang perlu untuk memastikan Khalid akan dipaksa turun secara paksaan.
Ditangan Anwar sekarang, sudah lengkap semua dokumen yang menunjukkan bahawa Khalid adalah seorang yang korup dan telah mengaut begitu banyak hasil kekayaan negeri untuk kepentingan dirinya sahaja.
Kalau Khalid terus berkeras, dokumen-dokumen ini akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk diambil tindakan.
Pilihan seterusnya di tangan Khalid, dan percayalah, Sultan Selangor pun tidak akan mempertahankan dia lagi tahu tentang segala penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang telah dilakukan Khalid di Selangor. - Negara PR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.