Wah!!! Nampak sangat la yang Si Mahfuz Bean ni cuba nak meredakan kemarahan dan bantahan dari kalangan puak - puak PAS sendiri mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor.
Dia mungkin sedar bahawa pertikaian mengenai perkara tersebut mampu mewujudkan pepecahan dikalangan Pakatan Haramjadah di Selangor tu sendiri dimasa akan datang.
Mungkin atas sebab itu, Si Mahfuz Bean pun keluar dengan 'Fatwa' mengarahkan semua pihak agar menghentikan spekulasi mengenai kedudukan kerusi Menteri Besartu.
Tapi, sama ada sedar atau pun tidak, Mahfuz Bean perlu akui bahawa isu berkaitan dengan kedudukan kerusi MB Selangor tu akan tetap dijadikan satu isu besar selepas Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.
Maka, tak payah la dia cuba nak sembunyikan perkara tu dari pengetahuan rakyat. Ianya bukan satu rahsia. Si Ketua Penipu tu memang nak jawatan MB Selangor. Jadi tak payah la Si Mahfuz Bean tu nak jadi pengampu Si Ketua Penipu tu pulak!!!
SHAH ALAM - Pas tidak akan membincangkan hal kedudukan Menteri Besar Selangor demi menghormati Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, kedudukan Abdul Khalid tidak wajar dipersoalkan memandangkan setakat ini tidak pernah disebut secara rasmi oleh mana-mana pihak bahawa menteri besar itu mahu melepaskan jawatan ataupun ada kekosongan pada posisi itu."Jawatan menteri besar hanya akan dibincangkan oleh kami (PR) jika berlaku kekosongan secara rasmi," katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa sudah sampai masanya untuk Pas menuntut jawatan Menteri Besar Selangor yang kini diisi oleh PKR memandangkan parti itu mempunyai lebih banyak kerusi dalam Dun Selangor berbanding rakan sekutunya itu.Mahfuz berkata, Pas juga tidak pernah bertemu secara khusus dengan pimpinan komponen PR untuk membincangkan hal itu."Pendirian kita adalah kekal untuk membantu jentera PKR mempertahankan kerusi Dun Kajang," tegasnya.Dalam pada itu, beliau menggesa semua menghentikan spekulasi mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.