Wah!!! Pandai sungguh Si Khalid Ibrahim tu sorokkan cerita pasal hutang dia dengan pihak Bank Islam ni ye sampaikan pemimpin lain dalam PKR sendiri pun tak tau.
Kalau diorang tau, kenapa pulak diorang nak pertikaikan tindakan Si Khalid Ibrahim tu yang dilihat sengaja menyembunyikan kaedah penyelesaian masalah tersebut? Kan nampak sangat ada udang disebalik batu.
Bukan setakat itu sahaja. Malah Si Khalid Ibrahim tu jugak turut menyembunyikan masalah tersebut daripada diketahui oleh rakyat secara umum sedangkan dia kata Rejim Pakatan tu mengamalkan dasar Telus.
Telus apanya kalau isu tu baru sekarang rakyat tahu mengenainya? Kenapa pulak ianya tidak diwar - warkan dalam media sebelum ini? Atau adakah ianya sengaja didiamkan?
Biar pun hutang tersebut melibatkan pihak Rejim Pakatan Negeri, ianya perlu dimaklumkan kepada rakyat. Pinjaman tu bukan dibuat dengan Kerajaan Pusat, tapi dengan pihak swasta.
Yang tambah menghairankan kita, kenapa pulak Rejim Pakatan Selangor tu nak buat pinjaman sedangkan sebelum ini Si Khalid tu kata diorang memiliki simpanan berbillion - billion?
Kesimpulannya, puak - puak Pakatan Haramjadah ni memang cukup licik untuk menipu rakyat sehingga perkara tersebut mampu disembunyikan dari pengetahuan mereka. Tapi, apa nak heran ye tak. Kalau tak menipu, bukan Pakatan la namanya!!!
SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan beliau dan Bank Islam mencapai penyelesaian luar mahkamah berhubung saman hutang bank itu yang berjumlah RM66.67 juta.Khalid enggan menyatakan jumlah yang terbabit di dalam persetujuan itu namun menegaskan transaksi itu tidak menjelaskan Pakatan Rakyat mahupun PKR.Khalid menyaman Bank Islam pada Mei 18, 2007, dengan mendakwa bank itu telah melunaskan sahamnya dalam Guthrie Berhad yang dibeli menerusi pinjaman daripada Bank Islam.Bagaimanapun dalam saman balas, Bank Islam menuntut supaya Khalid membayar balik pinjaman RM66.67 juta sambil mempertahankan tindakannya melunaskan saham berkenaan.Khalid berkata kes itu adalah masalah peribadinya, setelah pimpinan PKR dilaporkan menegur beliau kerana tidak memaklumkan hasil perbincangan beliau untuk menyelesaikan kes itu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.