Halaman

Ahad, Februari 16, 2014

"WHY BOTHER, WHY BOTHER", BANG MIN LAGI LAYAK JADI MB!!!


Azwan Ali, pengacara terkenal yang penuh kontroversi dan masih cuba mencipta nama menerusi pelbagai imejnya yang pelik seperti pondan dan gay, turut campurtangan. 

Minggu lepas, dia menghentam teruk bekas Setiausaha Politik Khalid Ibrahim, Faekah Husin yang disifatkannya sebagai SELAPUT DARA TEBAL. 

Malah tidak cukup dengan itu, Azwan Ali turut menyerang sesiapa sahaja yang memperkecil-kecilkan abangnya, Azmin Ali menerusi Twitter.

Terbaru, Azwan Ali mencabar Anwar Ibrahim agar mengisytiharkan abangnya sebagai Menteri Besar Selangor yang baru selain menyatakan tidak bersetuju Anwar Ibrahim mahukan jawatan tersebut untuk dirinya sendiri.

Menurut Azwan Ali, Azmin merupakan antara sekelompok kecil yang masih tinggal untuk menyokong Anwar Ibrahim dengan penuh setia selepas Anwar Ibrahim diterajang daripada kabinet dan UMNO. 

Penyokong-penyokong Anwar Ibrahim dari zaman Reformasi, kebanyakannya sudah meninggalkan Anwar, bahkan sebahagian besarnya pula kembali menyokong UMNO.

Azmin Ali masih terus bersama-sama Anwar Ibrahim walau dalam apa juga keadaannya. Sepatutnya menurut Azwan Ali, Anwar terhutang budi dengan Azmin Ali. 

Apatah lagi, semua orang tahu bahawa perjalanan politik Anwar Ibrahim sebenarnya terlalu bergantung kepada Azmin Ali. Tanpa Azmin Ali, Anwar Ibrahim tidak mungkin masih bernyawa sebagai seorang ahli politik. 

Malah PKR yang diwujudkan untuk membela Anwar Ibrahim juga sebenarnya amat bergantung kepada Azmin Ali.

Justeru itu, menurut Azwan, abangnya yang paling layak untuk jawatan Menteri Besar Selangor sebagai balasan budi atas kerja keras dan sokongan tidak berbelah bahaginya kepada Anwar Ibrahim. 

Malah menurut Azwan Ali lagi, tiada sesiapa pun dari kalangan PKR yang dapat menandingi kerja keras serta kecerdikan perancangan abangnya dalam melestarikan PKR serta Anwar Ibrahim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.