Halaman

Selasa, Februari 25, 2014

MAT SYABUN SEDAR, TANPA PAS DIA TAK BOLEH HIDUP!!!


Kesimpulannya jelas. Si Mat Syabun ni sebenarnya bukan berjuang demi Islam. Sebaliknya dia hanya berjuang demi diri dia sendiri je dalam PAS. Itu hakikatnya yang dapat kita baca dalam kenyataan dibawah.

Memang nampak sangat yang matlamat Si Mat Syabun ni hanya untuk mendaki tangga ke puncak kepimpinan dalam PAS. Bukannya dia benar - benar nak memperjuangkan Islam.

Tapi, apa nak heran ye tak. Jenis orang yang memang tak de latarbelakang agama memang macam tu la perangainya. Diorang berjuang demi untuk mencapai kedudukan yang lebih tinggi.

Sedangkan orang lain berjuang demi memartabat dakwah Islam tu sendiri. Maka, diorang ni tak kisah sangat pasal semua tu. Waima diorang tak duduk dalam PAS pun diorang boleh berdakwah.

Realitinya, puak - puak Parti Angguk Saja ni memang dah didoktrinkan bahawa mereka takkan mampu hidup tanpa PAS biar pun hakikatnya PAS tu bukan Islam sekali pun. 

Itu yang membuatkan diorang terasa diri diorang ujub dan terlalu bagus sampai tahap diorang boleh lupa diri. Penyudahnya, diorang jadi sombong dan angkuh tak tentu arah. 

Dalam keadaan macam tu, memang mudah sangat la setan nak menghasut diorang. Mula la diorang pun buat dakwaan yang bukan - bukan sehingga tahap diorang sanggup mengkafirkan sesama Islam.

Apa yang pasti, ucapan Si Mat Syabun tu sebenarnya menjurus kepada isu masalah dalaman yang kini mula melanda Parti Angguk Saja tu. Nak pulak penentangan terhadap kedudukan mereka dalam Pakatan.

Perkara itu yang paling ditakuti oleh Si Mat Syabun tu sebenarnya. Dia tak nak PAS keluar dari Pakatan kerana ianya hanya akan merugikan kepentingan Politik dia sendiri.

Yang sebenarnya, Si Mat Syabun tu takkan dapat duduk dimana dia berada sekarang jika tanpa sokongan kewangan dari DAPigs. Itu Kebenaran yang semua orang pun dah sedia maklum.

Penetangan dalaman yang berlaku terhadap kedudukan PAS ni bukannya baru bermula. Ianya mula menjadi barah apabila pertikaian demi pertikaian muncul sejak akhir - akhir ini.

Nak pulak yang melibatkan kedudukan kerusi Menteri Besar Selangor dan kes saman fitnah yang difailkan oleh PKR sebelum ini. Isu tu jelas membuatkan PAS berada dalam keadaan tersepit.

Dan kemungkinan besar, separuh dari ahli PAS serta pengikut - pengikut mereka akan memberontak seandainya isu itu tidak ditangani dengan baik. Jadi, tak heran la kenapa Si Mat Syabun tu keluarkan kenyataan sedemikian sebelum ini. Dia takut dia hilang kedudukan. Bukannya dia nak memartabatkan Islam tu sangat pun!!!

1 ulasan:

  1. Assalammualaikum wmt,
    Apapun kutukan terhadap Mat Sabu - ada asas pendidikan agama atau tidak, tak lama lagi dia akan pangku jawatan Presiden Pas apabila Hadi kekal didapat bersalah oleh mahkamah dgn denda kekal RM 2 juta.

    Kepada ahli-ahli Pas, terutamanya penyokong setia Tuan Guru Hadi, sedarlah bahawa Anwar memangnya mahu Hadi tidak jadi Presiden Pas dan jawatan itu diganti oleh puak Anwarinas dalam Pas seperti Mat Sabu dan Mahfuz.

    Oleh itu jangan hairan kenapa Anwar tidak mempedulikan Hadi Awang kena saman oleh calon PKR tu walaupun KONONnya mereka berada dalam PR yg bersatu hati demi merampas Putrajaya.

    Kalau itu pun orang Pas tak boleh faham, berhentilah main politik dan bersedialah Pas dihancurkan perjuangan Islamnya oleh Anwar dan Mat Sabun.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.