Seeloknya, itulah yang perlu dilakukan oleh Pak Berahim tu sebenarnya. Jangan la Pak Berahim nak memalukan diri sendiri tak tentu arah pulak. Penyudahnya, Pak Berahim jugak yang malu.
Tertarik dengan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pak Berahim sebelum ini jelas menunjukkan yang Pak Berahim ni hanya sekadar nak orang sebut nama dia je. Bukannya dia faham apa - apa.
Tempoh hari, Pak Berahim pernah mengkritik cadangan yang diketengahkan oleh SPR berhubung dengan tindakan wakil rakyat meletakkan jawatan tanpa sebab musabab yang kukuh.
Kata Pak Berahim, SPR tak perlu nak ambik tindakan sedemikian kerana perkara tersebut pernah dilakukan sebelum ini. Maka tanpa usul periksa, Pak Berahim bagi contoh di Kelantan dan di Perak.
Disitu la yang membuatkan Pak Berahim patut malu dengan diri dia sendiri. Contoh yang dia bagi tu tak de kena mengena lansung dengan situasi yang sekarang ni melanda DUN Kajang.
Di tempat yang telah Pak Berahim sebut tu, ADUN dan wakil rakyatnya bukannya letak jawatan tanpa sebab musabab yang sah. Sebaliknya, wakil rakyat tu keluar parti.
Tindakan mereka tu disebabkan kerana diorang hilang kepercayaan terhadap parti yang diorang wakilkan sebelum ini. Diorang meragui perjalanan parti Politik mereka sendiri.
Sebagai contoh di Perak pada tahun 2008. Seorang ADUN DAPigs yang keluar dari parti tu sebab dia mula menyampah dengan tindakan yang dibuat oleh DAPigs.
Manakala 2 orang ADUN PKR tu pulak mula benci dengan Politiking melampau yang dipimpin oleh Si Ketua Penipu tu sendiri. Ianya berbeza dengan apa yang berlaku di Kajang.
ADUN Kajang yang Sengal tu lepaskan jawatan dia sebagai wakil rakyat bukan kerana dia tak mampu nak laksanakan tanggungjawab dan amanah kepada rakyat.
Sebaliknya, ianya telah dirancang dengan rapi untuk memberi laluan kepada Si Ketua Penipu tu bertanding bagi memenuhi kepentingan diri sendiri. Bukannya dibuat kerana nak memperjuangkan rakyat.
Jadi, tak payah la Pak Berahim cuba nak menegakkan benang yang basah dengan mengkritik cadangan yang telah dikemukakan oleh SPR sebelum ini.
Memang patut pun SPR kaji semula tindakan yang sewajarnya terhadap mana - mana ADUN yang letak jawatan tanpa sebarang sebab musabab yang kukuh. Biar diorang tau supaya jangan mudah sangat diorang nak menghina rakyat demi kepentingan diri diorang sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.