Halaman

Rabu, Februari 12, 2014

SI TIPAH KOYAK NI PROFESIONAL SANGAT KE???


Memang itulah persoalan yang perlu dijawab oleh Si Tipah Koyak ni. Sebelum dia nak menuduh orang lain tak profesional, dia sebenarnya perlu cermin diri dia terlebih dahulu.

Ataupun mungkin Si Tipah Koyak ni memang dah cermin diri dia sendiri. Tapi malangnya cermin tu pecah sebab tak tahan tengok perangai hodoh tuan dia sendiri.

Tu pasal la Si Tipah Koyak ni suka - suka hati je dok mengutuk orang tak tentu arah dan membuat tuduhan yang bukan - bukan tanpa perlu tampil dengan bukti yang sah.

Benda ni pun bukan pertama kali dia buat sebenarnya. Tapi dah berulang - ulang kali sehingga kelayakkan dia sebagai seorang peguam pun boleh dipertikaikan oleh rakyat.

Terbaru, Si Tipah Koyak ni membuat tuduhan terhadap Ketua Pendakwaraya, Tan Sri Muhammad Shafee dalam rayuan kes liwat Si Ketua Penipu tu terhadap Saiful Bukhari.

Kata Si Tipah Koyak tu, Tan Sri Muhammad Shafee ni ada 'kepentingan peribadi' terhadap Si Ketua Penipu tu dan seterusnya tidak layak untuk mnegetuai pasukan pendakwa dalam kes tersebut.

Persoalannya sekarang, adakah selama hari ini Si Tipah Koyak tu sendiri pernah berkelakuan seperti seorang yang layak digelarkan sebagai 'Profesional'?

Tengok cara dia layan kakitangan awam di Pejabat Pendaftaran Negara tu pun dah cukup. Tak de nampak pun macam dia seorang yang Profesional dalam menjalankan tugas dia.

Dengan cara meninggikan suara serta tingkah laku yang jelas tak menghormati orang lain, wajarkah itu dianggap sebagai satu tindakan yang 'Profesional' dimata rakyat Malaysia?

Sewajarnya, sebagai seorang Peguam, Si Tipah Koyak tu perlu tampil dengan bukti yang sah berkaitan tuduhan yang dia buat. Bukan hanya sekadar bersandarkan kepada 'cakap kosong' je.

Cara dia membuat tuduhan terhadap Tan Sri Muhammad Shafee tu sahaja dah dapat menjelaskan kepada kita bahawa dia sendiri cakap tak serupa bikin. 

Apa yang jelas, dia hanya sekadar nak memperjuangkan Si Ketua Penipu tu je. Tindakan dia tu pun boleh juga kita sifatkan sebagai mempunyai 'Kepentingan Peribadi'. 

Nampak sangat yang dia memang cuba nak menegakkan benang yang basah. Lagi pun, dia bukan ada bukti pun nak buat sebarang tuduhan terhadap Tan Sri Muhammad Shafee. Kalau setakat bercakap je tanpa bukti yang kukuh, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!! Tak mendatangkan faedah lansung!!!

2 ulasan:

  1. silap , menegakan batang yang basah

    BalasPadam
  2. Tak kira siapa yang bawa kes Anuar,kalau tidak bersalah apa yang mahu di takutkan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.