Halaman

Rabu, Februari 12, 2014

PAS DAH BOSAN, PKR TETAP GILA JAWATAN!!!


Nampak gayanya, puak - puak Parti Angguk Saja tu dah bosan dengan perangai Parti Kecohkan Rakyat tu yang masih sibuk nak Gilakan jawatan tak tentu arah. Mungkin sebab tu diorang keluarkan ugutan.

Katanya, PAS mahu PKR menghentikan polemik mengenai kerusi Menteri Besar Selangor kerana ianya tidak ada kaitan lansung dengan Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.
PETALING JAYA: PAS Selangor sekali lagi mengingatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya menghentikan perbincangan mengenai kedudukan Menteri Besar menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Mac depan.

“Sekali PAS Selangor ingin nyatakan pendirian agar isu Menteri Besar tidak dibangkitkan. Bagi PAS, PRK Kajang dan jawatan Menteri Besar langsung tiada kaitan. 

"Jangan bangkitkan isu berkenaan di saat PAS sudah menggerakkan jentera membantu memenangkan PKR di Kajang,” katanya di sini, Selasa.
Wah!!! Siapa pulak kata kerusi Menteri Besar Selangor dan Pilihan Raya Kecil DUN Kajang tu tak de kaitan? PAS jangan la saja - saja nak buat tak tau pulak atau sengaja nak pekakkan telinga.

Dah berapa banyak kali Si Khalid Ibrahim dan Si Ketua Penipu tu sendiri mengulangi kenyataan mengatakan bahawa memang ada kemungkinan besar kerusi MB tu akan bertukar.

Semuanya akan berlaku selepas Pilihan Raya Kecil DUN Kajang sekiranya Si Ketua Penipu tu menang dikawasan tersebut. Dah memang terang Si Ketua Penipu tu nak jadi MB Selangor.

Pun masih lagi puak - puak PAS ni nak nafikan perkara tu ke? Pun masih lagi diorang nak menidakkan kewujudkan dalam kemungkinan tersebut? Tolong la!!! Jangan jadi NAIF sangat!!!

Bukak la mata tu sikit dan perhatikan rakan sekutu diorang tu dengan mata hati. Lihat betul - betul agenda dan dasar perjuangan PKR tu. Jangan setakat dengar apa yang Si Ketua Penipu tu cakap je.

Apa yang keluar dari mulut ni tak semestinya sama dengan apa yang ada dalam hati. Benda tu PAS sendiri tau. Jadi, jangan la ikut perangai orang MUNAFIK. Kalau tidak, memang sah selama - lamanya PAS akan terus jadi Pak Angguk Saja!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.