Halaman

Rabu, Februari 12, 2014

TERKINI! ADENAN SATEM GANTI TAIB MAHMUD!!!


(KEMASKINI) - Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Tugas-Tugas Khas), Tan Sri Adenan Satem dipilih oleh Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk menggantikannya sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu.

Abdul Taib berkata, beliau sudah menghantar surat peletakan jawatan dan nama Adenan sebagai calon pengganti kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dalam pertemuan di Astana Negeri hari ini.

"Saya akan meletak jawatan pada 28 Februari dan Adenan akan mengangkat sumpah pada hari yang sama.

"Peletakan jawatan saya dan Adenan sebagai Ketua Menteri baharu berkuat kuasa 1 Mac depan," katanya dalam sidang akhbar di Astana Negeri di sini hari ini.

Perletakkan jawatan itu juga turut akan menyebabkan kekosongan kerusi DUN Balingian yang disandang oleh Tan Sri Taib Mahmud hujung bulan ini.

Adenan kini dalah Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan penasihat khas kepada Ketua Menteri, dengan berstatus menteri negeri.

Pada pilihan raya umum 2004 Adenan bertanding kerusi Parlimen Batang Sadong, sebelum beliau dilantik dalam Menteri Kabinet Persekutuan sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Bagaimanapun beliau meletak jawatan sebagai menteri persekutuan itu pada 2008.

Pada pilihan raya negeri 2011, beliau dipilih sebagai calon PBB untuk mempertahankan kerusi Tanjung Datu dan menang dengan majoriti undi 3,216. 


Beliau adalah antara tiga personaliti disebut-sebut untuk mengambil alih jawatan ketua menteri. Dua lagi ialah Naib Presiden PBB, Datuk Awang Tengah Ali Hassan dan Timbalan Presiden, Datuk Abang Johari Openg.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.