Halaman

Jumaat, Mac 14, 2014

BALA WOI!!! BALA!!!


ORANG di luar Selangor mungkin tidak tahu betapa teruknya negeri tersebut sekarang. Dari kalah memanjang dalam perlawanan bolasepak, sehinggalah kepada kebakaran hutan di sana sini, krisis bekalan air dan wabak denggi yang sedang melanda negeri tersebut akibat sistem pengurusan sampah tidak terurus.

Di Shah Alam umpamanya, sudah ada cadangan supaya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) campur tangan dengan membuka hospital medan di kawasan tersebut yang teruk terjejas dengan denggi berikutan jumlah pesakit yang terlalu ramai, tidak tertampung oleh semua hospital berdekatan dengan daerah itu, termasuk hospital swasta

Ironinya, semua ini berlaku sekaligus selepas Anwar mengumumkan hasrat untuk bertanding di DUN Kajang, sebagai sebahagian proses untuk menjadi Menteri Besar Selangor, bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang ‘dibului’ oleh ’madu’ Anwar, Azmin Ali.

Sekadar nak ingatkan, pada 2004, bila Anwar dibebaskan atas alasan teknikal, Tsunami yang melanda Acheh, tempiasnya sampai ke negara kita pada 26 Disember tahun yang sama sehingga mengorbankan berpuluh nyawa – pertama kali berlaku dalam sejarah moden negara.

Budak-budak zaman hari ini mungkin menganggap kaitan bala yang melanda Selangor hari ini, dengan Anwar bercita-cita tinggi nak menjadi Menteri Besar sebagai cerita karut.

Tapi kalau dilihat dalam sejarah Islam, banyak disebut bagaimana Allah swt menurunkan bala kepada umat yang engkar dengan perintahNya seperti banjir besar dan gempa bumi, bagi yang beriman kepada Al-Quran, wajib percaya dengan semua peringatan tersebut.

Malah ada sejarah spesifik untuk kes macam Anwar, bila negeri Sodom dimusnahkan Allah swt kerana rakyatnya asyik dengan hubungan sejenis dan tidak mengendahkan perintah Allah swt supaya meninggalkan tabiat tersebut melalui Nabi Luth a.s. sebagai utusan.

Sebab itu kriteria pemimpin itu penting dan tidak boleh dibuat main-main.  Pemimpin yang betul akan membawa rakyatnya ke arah yang betul juga, pemimpin dengan moral macam Anwar, akan menggalakkan perbuatan tidak baik dalam Selangor dan seterusnya mengundang kemurkaan dari Allah swt.

Penulis tidak terkejut kalau Selangor jadi negeri pertama mengiktiraf hubungan homoseksual di Malaysia (asal saja tidak berkahwin) selepas Anwar menjadi Menteri Besar.

Jangan kata mustahil, dulu siapa pun tak sangka Anwar akan iktiraf Israel, tapi lihatlah sekarang.

Kesimpulan disini, segala peringatan itu sudah ada, berlambak depan mata. Terpulang kepada rakyat Selangor nak mengambil iktibar atau mengambil risiko dengan merealisasikan hasrat gay tua itu nak jadi Menteri Besar setelah hasrat jadi Perdana Menteri tidak tercapai.

1 ulasan:

  1. Dosa2 memberi kesan negatif pada alam sekeliling. Jika seseorang telah melakukan dosa, kesannya boleh berlaku pd orang yg terdekat dan juga pd alam semula jadi. Misalnya anak2 menjadi degil. Ada hadith yg menyebut alam sekitar merasa lega apabila seorang kafir mati kerana tidak terkesan pada dosa kesyirikannya lagi. (dosa syirik adalah dosa yg paling besar).

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.