Halaman

Sabtu, Mac 15, 2014

JANJI SAMPAH, SIAPA YANG NAK PERCAYA!!!


Rata-rata penduduk Kajang meragui manifesto PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang yang diumumkan baru-baru ini.

Mereka berkata demikian ekoran manifesto yang dijanjikan itu merupakan perkara yang sepatutnya dilaksanakan sejak 2008 lagi, dan bukannya digunakan pada PRK untuk meraih undi.

Bagi seorang pesara Deejay Jain, PKR hanya tahu menabur janji kosong kepada penduduk Kajang.

"PKR ini hanya cakap sahaja, tapi tidak ditunaikan. Memang banyak yang kita perhatikan tidak ada satu pun rancangan yang dikhaskan itu ditunaikan.

"Begitu juga dengan yang sekarang, mesti tidak boleh juga dilaksanakan walaupun sebelum ini memerintah, hanya cakap sahaja tapi tidak ditunaikan," katanya.

Menurut Presiden Parti Makkal Sakti Datuk R.S Thanenthiran pula, PKR menggunakan penduduk di Kajang demi mencapai matlamat sekalipun sanggup memberikan janji yang belum tentu ditunaikan kelak.

"Segala manifesto yang dibuat pada PRU13 satu pun tidak dijalankan khususnya di Selangor apatah lagi di Kajang. 

"Selepas itu manifesto baru pula dikeluarkan baru-baru ini oleh Wan Azizah, saya rasa PKR mempunyai masalah dalaman parti oleh itu jangan pergunakan rakyat untuk mencapai hasrat nafsu mereka," tegasnya.

Sebagai contoh masalah air di negeri itu berlarutan sehingga terpaksa dilakukan catuan, ujarnya jika kerajaan persekutuan tidak bertindak tegas menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) baru-baru ini, rakyat akan bertambah menderita.

Justeru katanya terbukti kini ketidakmampuan parti itu di Selangor selama dua penggal dan rakyat akan menghukumnya melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) 23 Mac ini.

"Menifesto-manifesto khsususnya kalau kita tengok air, satu pun tidak dijalankan, nasib baiklah kerajaan persekutuan sedia membantu kita melalui menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) untuk menyelesaikan masalah air.

"Sudah cukuplah dua penggal yang kita bagi, rakyat Kajang tidak akan termakan lagi dengan janji-janji pembangkang ini," ujarnya.

Meluahkan rasa kecewanya, seorang suri rumah Hanim Baharom berusia 50 tahun menyatakan banyak lagi yang telah dijanjikan sebelum ini tetapi malangnya tidak diberikan.

"Kecewa jugalah sebagai rakyat sini sepatutnya ada yang kami sudah terima dan dilaksanakan tetapi tidak dibuat begitu," kata beliau kesal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.