Halaman

Sabtu, Jun 28, 2014

BEKAS MODEL PLAYBOY PELUK ISLAM 5 RAMADHAN!!! @FelixiaYeap


Alhamdulillah. Akhirnya, bekas model Playboy ni telah menetapkan tarikh yang sesuai untuk dia melafazkan dua kalimah syahadah dan memeluk agama Islam.

Sebelum ini bekas model yang kini bergelar seorang pelakon telah menyatakan secara terbuka hasrat untuk dia memeluk agama Islam. Cuma sedang menunggu masa yang sesuai.

Kata Felixia, dia bukan sengaja mahu melengah - lengahkan waktu untuk mengambil tindakan sedemikian. Tetapi dia perlu bersedia sepenuhnya.
“Ada sebab kenapa saya belum memeluk Islam secara rasmi. Antara yang utama, saya masih perlukan masa. Buat masa ini, saya sedaya-upaya mencari masa untuk membaca buku agama.


“Jika ada kesempatan, saya juga menghadiri kelas dan ceramah agama supaya lebih faham mengenai Islam,” katanya yang ditemui sebelum ini.
Jelas Felixia, dia memilih tarikh 5 Ramadhan bersamaan dengan 3 Julai kerana ianya merupakan hari kelahiran dia. Yang ke berapa, tak de pulak dia bagi tau.
"...5 Ramadan iaitu jatuh pada  3 Julai ini iaitu pada hari 'birthday' saya, hari itu juga merupakan hari kegemaran Nabi Muhammad," katanya.
Sewaktu berbicara dengan pihak media mengenai puasa, Felixia turut berpesan supaya umat Islam Malaysia ini tidak meninggalkan puasa.

Agak - agak, nama apa yang dia nak pakai nanti ye? Harap - harap dia akan pilih nama yang sesuai dan memberi makna bagi kehidupan baru dia nanti. Didoakan semoga dia memperolehi rahmat selepas memeluk agama Islam kelak!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.