Itu persoalan yang timbul bila baca komen yang diberikan oleh Mufti Kelantan ni mengenai istilah 'Jihad' diantara orang Islam terhadap orang Islam sendiri.
Jelas Mufti Kelantan tu, istilah 'Jihad' ni tak boleh digunakan sekiranya ia melibatkan orang Islam dengan orang Islam yang lain. Sebagai contoh yang sedang berlaku di Syiria.
Kata Mufti Kelantan tu lagi, istilah Jihad ni hanya boleh digunakan terhadap orang Islam yang menentang musuh Islam yang jelas dan nyata.
"Isunya kumpulan itu berperang dengan siapa? Adakah kita boleh menganggap pihak yang mereka lawan itu bukan Islam? Sudahkah lawan mereka mengisytiharkan mereka bukan Islam," katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.
Nah!!! Macam mana pulak dengan istilah Jihad yang sering kali digunakan oleh puak - puak Parti Angguk Saja tu di Malaysia ni sendiri? Macam mana pulak hukumnya?
Dari apa yang sering kali dilaung - laungkan oleh pemimpin PAS bagi meniup semangat membencikan Kerajaan adalah demi 'Jihad' menentang 'Kezaliman' kononnya.
Nak pulak bila ianya melibatkan dakwaan terhadap orang UMNO. Istilah Jihad itu juga yang sering kali dilaung - laungkan oleh pemimpin PAS kepada pengikut - pengikutnya.
Sedangkan Jihad mereka itu juga terhadap orang Islam sendiri. Orang UMNO tu semuanya Islam. Maka, apa pulak hukum yang patut diberikan terhadap pemimpin PAS tu?
Tambah Mufti Kelantan tu, istilah Jihad ni lebih besar maksudnya dari sekadar nak menentang kezaliman yang menimpa sesuatu kaum.
"Kesungguhan meningkatkan status ekonomi adalah jihad. Kesungguhan melawan nafsu sendiri pun adalah suatu bentuk jihad yang lebih penting," katanya.
Hah!!! Bukan ke itu yang sedangkan dilakukan oleh UMNO pada hari ini? UMNO berusaha untuk meningkatkan status ekonomi dikalangan umat Islam.
Tapi malangnya, pemimpin PAS tak macam tu pulak. Diorang berjihad menentang pihak yang memperjuangkan perkara tersebut. Menjahanamkan ekonomi Islam lagi ada la.
Malah kebanyakkan dari kalangan pemimpin diorang pun dilihat lebih tunduk untuk memenuhi nafsu serakah masing - masing. Diorang berjuang pun atas dasar kepentingan diri sendiri. Bukannya atas sebab nak memperjuangkan Islam!!!
Jihag menghapuskan kemiskinan tu lebehmendatang kan manfaat, rmai lagi anak2 melayu yg rosak, seperti mat rempit janda2 miskin yg perlu di bela, yg lemah ekonomi, penagih dadah banyak lagilah yg ada dlm negara sendiri ini yh patut kita jihadkan.
BalasPadamPas Beahong.
BalasPadam