Pas Selangor digesa mengambil tindakan tatatertib terhadap ahlinya yang dilihat cuba mencemar dan menghina kedaulatan dan Institusi Raja negeri ini.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan empat pemimpin Pas Selangor mendesak Majlis Agama Islam Selangor (Mais) supaya tidak diberi kuasa dengan meminda enakmen dalam menjaga kedaulatan Islam di negeri ini adalah penghinaan kepada Sultan.
Menurutnya, Pas Selangor tidak boleh lepas tangan terhadap tindak tanduk ahlinya walaupun kenyataan ahli itu dikatakan hanya sekadar pandangan peribadi.
"Sekiranya Pas memperjuangkan dan mempertahankan institusi raja di negeri ini maka mereka perlu ikhlas serta jujur dalam prinsip perjuangan mereka.
"Tidak kira apa jua tindakan yang diambil, Pas harus tegas kerana secara tidak langsung, kenyataan tersebut telah menghina Sultan yang menjadi lambang perpaduan ," katanya kepada Sinar Harian.
Menyentuh perkara sama, Noh berkata, walaupun terdapat perbezaan fahaman politik, tidak semua perkara boleh dipolitikkan.
Jelasnya dalam isu ini, jangan kaitkan agama dalam politik dan hormati Sultan kerana baginda adalah ketua agama.
"Isu agama jangan sesekali dipolitikkan kerana ia sangat sensitif dan boleh memecahkan perpaduan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.