Pertaruhan 'Atas Talian' yang dibuat terhadap Luis Suarez |
Seorang peminat bola sepak di Norway memenangi wang tunai sebanyak £500 selepas jangkaanya bahawa penyerang Uruguay, Luis Suarez akan menggigit seseorang dalam saingan Piala Dunia berlaku.
Suarez yang pernah mengigit dua pemain kebelakangan ini dipertaruhkan akan menggigit pemain ketiga dalam Piala Dunia oleh sebuah syarikat perjudian di Norway.
Pertaruhan serendah £3 itu bagaimanapun dibayar sebanyak £500 jika pemenang berjaya membuat tekaan pemain manakah yang akan menjadi mangsa.
Walaupun pun insiden menggigit pemain lain itu membawa tuah kepada peminat bolasepak itu, namuan lain pula nasib yang menimpa Luis Suarez itu sendiri.
Dia kini sedang berhadapan dengan kemungkinan akan digantung dari sebarang perlawanan oleh pihak jawatankuasa FIFA sekurang - kurangnya selama 2 tahun.
Ianya adalah insiden (menggigit) kali ketiga membabitkan Suarez yang juga merupakan penyerang prolifik dan berkontroversi bagi kelab Liga Perdana Inggeris Liverpool.
Ketika mewakili Ajax dalam aksi Liga Belanda pada 2010, Suarez dikenakan tindakan digantung tujuh perlawanan selepas menggigit pemain PSV Eindhoven, Otman Bakkal.
Selepas menyertai Liverpool, dia kemudian menggigit pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic pada tahun lalu dan digantung sebanyak 10 perlawanan. - seterusnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.