Halaman

Rabu, Jun 25, 2014

SAM KETOT TERKENCING DIJERKAH PESURUHJAYA PAS SELANGOR!!!


Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad menegaskan parti itu berhak membuat keputusan dalam menggantikan Si Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Kata dia, PAS Selangor tidak akan tunduk terhadap sebarang ketetapan PKR. PAS masih mempunyai hak untuk bersuara sebagai parti komponen di dalam Pakatan.

Tegas Iskandar, Apabila PAS menyertai tahaluf siyasi dengan parti - parti lain, ianya tidak bermakna kepimpinan dalam PAS tidak lagi wujud.
"PAS tidak pernah menyerahkan kepimpinan PAS kepada mana-mana parti lain di dalam Pakatan. PAS berhak membuat keputusan sendiri," ujar Iskandar menerusi kiriman sistem khidmat pesanan ringkas (SMS). 
Ketua Anak Muda Kecoh (AMK), Si Sam Ketot tu semalam dengan berlagaknya berkata bahawa PKR sudah bersedia untuk menggugurkan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Dakwa Si Sam Ketot tu, ramai dikalangan pemimpin PAS Selangor telah menyatakan persetujuan dalaman dan keputusan untuk menggugurkan Khalid Ibrahim telah tercapai.

Selain itu Si Sam Ketot juga turut menasihatkan Pesuruhjaya PAS Selangor dan Exco Negeri untuk mengambil pendekatan musyawarah dalam menangani isu ini. 
"Jangan kita jatuh ke lubang yang sama sebanyak dua kali. Janganlah menganggap jawatan Menteri Besar adalah milik individu tanpa mengambil kira suara parti sendiri," katanya memetik kenyataan itu. 
Diajukan hal itu, Iskandar membidas sikap sesetengah pihak yang cuba mengheret Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu pengguguran Khalid.

"Presiden PAS tidak boleh dipersalahkan kerana terdapat juga pimpinan PAS termasuk ADUN yang mahu Tan Sri Khalid kekal. Media hanya mendengar pandangan mereka yang lantang bersuara dan suka membuat kenyataan akhbar," katanya lagi.

Apa yang pasti, Si Sam Ketot perlu SEDAR DIRI. Diorang hanya ada 14 kerusi je manakala PAS pulak ada sebanyak 15 kerusi dalam sidang DUN Selangor.

Kalau nak dikirakan yang layak menjadi Menteri Besar bukannya dari kalangan PKR, tapi dari kalangan wakil rakyat PAS. Jadi, tak payah la Si Sam Ketot tu nak menyalak tak tentu arah!!! Penyudahnya nanti memalukan diri sendiri je!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.