Halaman

Sabtu, Jun 21, 2014

KHALID 'G' MEROYAN DESAK MB SELANGOR DITUKAR!!!


Uik? Apa dah jadi dengan agenda "Langkah Kajang"? Bukan ke sebelum ini PKR berdegar - degar cerita kata agenda tu adalah untuk menggantikan Si Khalid Ibrahim tu sebagai MB?

Sehingga hari ini, tidak ada sebarang tindakan pun diambil oleh PKR untuk menukar Si Khalid Ibrahim tu. Apatah lagi nak memenuhi janji dalam agenda 'Langkah Kajang' tu.

Soalnya, kepimpinan PAS yang ada dalam Rejim Pakatan Selangor sendiri sebelum ini dilihat beria - ia mempertahankan kepimpinan Si Khalid Ibrahim tu.

Kenapa pulak tiba - tiba Si Khalid 'G' ni boleh berkokok dan buat desakan supaya Si Khalid Ibrahim tu digugurkan serta digantikan dengan Menteri Besar yang lain?

Kata Si Khalid 'G' tu, Menteri Besar Selangor hari ini jelas tidak mampu untuk melaksanakan tugasnya kerana sering membelakangkan kehendak partinya sendiri.
“Jadi, apa yang perlu dilakukan sekarang ini ialah pimpinan daripada ketiga-tiga parti wajar bertemu dan berbincang untuk mencari calon lain yang boleh diterima. Nyatakan syarat-syarat baru yang mahu dikenakan oleh setiap parti ke atas calon yang akan dipilih dan disokong bersama itu,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
IRONIK bukan? Saranan dari Si Khalid 'G' ni hanya timbul setelah Rejim Pakatan Selangor menolak desakan yang dia buat sebelum ini sewaktu sidang media di Parlimen.

Khalid yang mengepalai empat orang Ahli Parlimen PAS Selangor mendesak agar Rejim Pakatan Selangor bertindak untuk menggugurkan kuasa Eksekutif MAIS dan JAIS.

Namun malangnya desakan Si Khalid 'G; tu jelas telah ditolak oleh Rejim Pakatan melalu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor sendiri.

Mungkin atas sebab itu dia tiba - tiba je buat saranan supaya kepimpinan Pakatan di Selangor mengadakan mesyuarat untuk menggantikan Menteri Besar yang baru.

Hakikatnya, orang macam Si Khalid 'G' ni memang terkenal dengan sikap dengki dia yang tak sudah - sudah. Dulu dengan Datuk Dr. Hassan Din pun dia buat benda yang sama.

Hanya sebab Datuk Dr. Hassan Ali gugurkan dia dari jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS, maka mula la dia meroyan tak tentu arah. Penyudahnya, Hassan Ali dipecat.

Sekarang mungkin giliran Khalid Ibrahim pulak yang menjadi sasaran dia. Itulah buruknya sifat dan perangai Si Khalid 'G' ni sebenarnya. Dasar manusia busuk hati memang macam tu. Suka sangat cari salah orang lain!!! - seterusnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.