Nampak gayanya, kemelut kepimpinan dikalangan Rejim Pakatan Selangor khususnya PKR semakin hari semakin bertambah buruk. Sentimen nak tukar MB ni dah semakin menular.
Kalau sebelum ini, hanya PKR sahaja yang beria - ia benar nak Si Khalid Ibrahim tu digugurkan dari menjadi Menteri Besar. Kali ini tiba giliran PAS pulak.
Jika tadi, kita dah baca kenyataan dari Si Khalid G yang ternyata cukup bernafsu untuk menggugurkan Si Khalid Ibrahim tu kerana tidak melayan desakan yang dibuat.
Dalam masa yang sama, itu jugak alasan yang diberikan oleh Si Khalid Ibrahim tu dalam satu sidang media yang diadakan hari ini. Nampak benar Si Khalid Ibrahim tu dah pasrah.
Kata dia, dia tak kisah sangat pun jika orang sibuk - sibuk nak gantikan dia dengan orang lain. Itu semua cerita dah basi kata dia. Nak pulak bila dia tak layan desakan orang lain.
Persoalannya sekarang, siapa yang layak untuk ganti Si Khalid Ibrahim tu sebagai Menteri Besar Selangor yang baru? Soalan itu yang perlu dijawab oleh Pakatan sebenarnya.
Siapa dia calon - calon yang mampu diketengahkan bagi memenuhi jawatan yang dikosongkan oleh Si Khalid Ibrahim tu kelak? Kalau ikut populariti, Si Azmin Ali tu.
Tapi mampu ke Si Azmin Ali tu menerajui kepimpinan Negeri sedangkan dia sendiri terpalit dengan pelbagai skandal salah laku rasuah yang kini masih lagi menjadi tanda tanya?
Sebelum ini, orang mempertikaikan mengenai hasil kekayaan yang dimilikinya. Siasatan terhadap isu tersebut juga masih belum selesai sehingga hari ini.
Biar pun SPRM kata kes berhubung status kekayaan Si Azmin Ali tu dah ditutup, tapi ianya masih meninggalkan persoalan dikalangan rakyat. Apa hasil siasatannya?
Adakah benar Si Azmin Ali tu memiliki kekayaan yang diluar kemampuan dia? Atau memang kekayaan itu hasil yang sewajarnya diperolehi oleh Si Azmin tu?
Malah pada ketika ini, skandal mengenai Projek PJ Sentral yang melibatkan Si Azmin itu juga turut menjadi buah mulut orang diperingkat akar umbi.
Pun tidak ada sebarang siasatan dijalankan oleh SPRM berhubung isu tersebut. Kenapa SPRM tak masuk campur sedangkan berita mengatakan memang wujud penyelewengan?
Nah!!! Semua persoalan itu perlu dijelaskan oleh PKR dan Pakatan Haramjadah tu di Selangor terlebih dahulu sebelum diorang nak menggantikan Si Khalid Ibrahim tu.
Bak kata pepatah Melayu, rakyat Selangor ni hanya umpama "Keluar dari mulut Buaya, masuk pulak ke mulut Naga" yang memang terbukti rakus dalam mengejar jawatan.
Kalau diorang tetap nak Si Azmin tu jadi Menteri Besar, maka tak mustahil Selangor akan jahanam dalam masa terdekat. Belum pegang jawatan pun, Si Azmin tu dah banyak isu skandal rasuah. Kalau dia dapat pegang jawatan nanti, memang jahanam la jawabnya!!!
- Seterusnya...
- Seterusnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.