Halaman

Sabtu, Jun 21, 2014

MIKE 'BLACK' KECEWA, RASUAH DALAM PKR MASIH BERLELUASA!!!


Heh!!! Inilah dasar manusia yang bercakap tak serupa bikin. Jenis manusia yang MUNAFIK memang macam ni gayanya. Bercakap je macam bagus.

Kalau kat atas pentas ceramah, bukan main lagi diorang menuduh orang lain mengamalkan amalan rasuah itu dan ini. Tapi hakikatnya, diorang lagi teruk.

Bila tuduh orang, diri sendiri pun apa kurangnya. Lagi teruk dari itu yang diorang buat. Yang SIALnya, diorang tak nak pulak mengaku kata diorang amalkan rasuah.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bekas Ahli Parlimen Kapar, Manikavasagan atau lebih dikenali sebagai Mike mendakwa amalan rasuah ini masih berleluasa dalam PKR.
"Dari awal saya dan cakap saya bantah rasuah, tapi hari ini saya kecewa kerana masih ada lagi berlaku rasuah tetapi apa pun saya akan laporkan kepada biro politik dan kita akan serah kepada JPP atau jawatankuasa disiplin parti.


"Masih lagi ada, ini bukan kenduri, contohnya hari ini di Inpens kolej bukan ada satu acara kerajaan pusat atau kerajaan negeri tak ada ini mereka gunakan inpens kolej untuk bagi makan minum dan macam-macam lagi," katanya.
Jika sebelum ini, Si Mike ni dah dikenakan tindakan oleh pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat kerana membuat dakwaan terhadap Si Khalid Ibrahim atas tuduhan yang sama.

Tapi tindakan itu telah ditarik balik setelah pihak JPP mendengar penjelasan yang diberikan oleh Mike berhubung tuduhan yang dibuat sebelum ini.

Tindakan itu telah menimbulkan persoalan dikalangan rakyat diperingkat akar umbi. Adakah benar tuduhan yang dibuat oleh Mike terhadap Khalid Ibrahim?

Jika tuduhan itu tidak benar, kenapa pulak pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat boleh menarik balik tindakan disiplin terhadap Si Mike tu sebelum ini?

Persoalan yang lebih utama ialah kenapa tuduhan dan dakwaan yang dibuat oleh Si Mike tu terhadap Khalid Ibrahim tidak dilaporkan kepada pihak SPRM?

Sepatutnya, dia laporkan pada SPRM supaya tindakan tegas boleh diambil kerana ianya melibatkan penyelewengan dan amalan rasuah secara terang - terangan.

Kan pelik tu? Hari ini, sekali lagi Si Mike tu buat tuduhan terhadap Si Khalid Ibrahim dalam isu mengamalkan rasuah Politik walaupun tanpa bukti yang kukuh.

Tuduhan dia ternyata hanya tuduhan semata - mata. Maka sebab itulah dia tak de buat laporan kepada pihak SPRM. Tinggal lagi, kalau ada bukti pun, berani ke dia nak buat laporan tu? Setakat lapor pada JPP je, tak mendatangkan faedah lansung!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.