Halaman

Sabtu, Jun 28, 2014

WARDINA MEROYAN KELUAR AYAT KLISE LA PULAK!!!


"Perasaan Saya Tak Penting" - Itu ayat yang diluahkan oleh Si Wardina tu selepas puas dia keluarkan kenyataan yang berbaur kecaman terhadap pihak Kerajaan.

Sebelum ini, Si Wardina tu lantang mempertikaikan tanggungjawab Kerajaan dalam membela nasib adik Muhammad Firdaus Dullah yang ditemui oleh JPAM.

Dalam kenyataan yang dibuat oleh Si Wardina ni dilihat seolah - olah mahu menuduh pihak Kerajaan mengabaikan golongan OKU ni secara terang - terangan.

Maka, keluar la ayat klise dari mulut Si Wardina dan menyifatkan kononnya perasaan dia tak penting. Apa yang penting ialah perasaan keluarga yang menjaga golongan OKU ni.
"Perasaan saya tidak penting. Yang penting adalah perasaan ibu bapa yang selama ini menjaga anak-anak OKU.

"Jangan tanya saya, tanyalah ibu bapa yang mempunyai anak-anak OKU, bagaimana perasaan mereka sepanjang menjaga anak-anak istimewa ini.

"Tanya juga kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat dengan perkara ini seperti Orkids. Saya pernah bekerjasama dengan mereka," katanya menerusi perbualan di Facebook miliknya.
Alamak ai!!! Sejak bila pulak orang cerita pasal perasaan ibu bapa kepada keluarga tu pulak? Orang sekarang pertikaikan kenyataan yang SI Wardina tu buat.

Hakikatnya, jika keluarga atau ibu bapa yang prihatin terhadap kebajikan anak dia, sudah tentu diorang akan mendapatkan bantuan dari pihak berkenaan.

Dah tentu diorang akan daftarkan anak - anak tersebut kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memohon bantuan yang sewajarnya.

Dah beratus ribu dah keluarga serta ibu bapa yang buat tindakan sedemikian. Terutama bagi kalangan mereka yang kurang berkemampuan. JKM bagi banyak jenis bantuan.

Tapi yang itu, tak nak pulak Si Wardina ni cerita. Tak nak pulak dia war - warkan kepada masyarakat dunia. Yang dia tumpukan hanya cerita pasal adik Muhammad Firdaus tu je.

HAKIKATnya, pihak Kerajaan ni dah lama sedar mengenai masalah yang dihadapi oleh keluarga yang mempunyai anak OKU ni. Maka sebab itu bantuan dihulurkan mengikut kemampuan mereka. Kalau yang dah kaya raya pun nak bagi jugak menda kejadahnya!!!

7 ulasan:

  1. Siapkan hati yg luhur sebelum kenyataan.

    BalasPadam
  2. yang menjadi masalah dan bangang adalah kenapa ada media dan wartawan masih melayan dan ada masa bagi ruang orang macam ini bercakap , ini yang pelik , dsh jelas minah ini tak cerdik dan suka beri kenyataan perasaan dan syok sendiri masih lagi nak interview orang bodoh macam ni . mungkin wartawan pun sama bodoh

    BalasPadam
  3. sel otak dia x berhubung

    BalasPadam
  4. Kita ambil jalan tengah, kerajaan menyediakan bantuan melalui agensi atau jabatan berkaitan untuk membantu golongan fakir miskin dan golongan OKU. Jabatan atau agnesi yang berkaitan hendaklah memudahkan cara permohonan bagi meringankan beban kepada mereka yang memerlukan. Sekiranya bantuan tidak cukup, mereka ada cara lain untuk minta bantuan dengan menghubungi pihak media, NGO dan sebagainya dalam membantu mereka untuk mengutip dana seperti yang telah dilakukan oleh TV3. maaf tajuk rancangan tidak ingat. Kita sebagai rakyat Malaysia memang terbukti sebagai rakyat yang perihatin dan pemurah dalam memberikan apa saja bantuan serta melaporkan sekiranya ada golongan ini tidak mendapat bantuan sewajarnya. Kerajaan yang pada masa ini sudah banyak membantu rakyatnya sekadar yang mampu. Memberikan rawatan kesihatan cukup hanya membayar RM 1 shj. Menyediakan kemudahan pendidikan sekolah untuk anak kita pandai. Cukup bandingkan negara jiran kita yang sedang bergolak. Apakah kerajaan mereka mampu menyediakan bantuan sekiranya politik mereka tidak stabil. Kita sepatutnya bangga kerana mempunyai kerajaan yang masih mampu memerintah tanpa campurtangan asing seperti apa yang berlaku pada negara lain.

    BalasPadam
  5. otak pembangkang mcm wardina mmg mcm tu. bila da tersepit dgn komen yg dia bg mula la dia main sentiment agama, emosi dll utk divert isu. masalahnya skrg ni knp wardina x usul periksa sblm kluar kenyataan. dia kenal ke mak budak OKU yg kena kurung tu? sepatutnya wardina kena tanya di mana tanggungjawab mak bapaknye bela anak OKU tu. sebab budak tu smp najis naik ke kepala. itu menunjukkan maknya x peduli pun keadaan anaknya. isu tak tau nak mengadu cuma alasan je. Bandar Nilai bukannya kat ceruk kampong/pendalaman mana pun. kalau nak ke pusat kerajaan putrajaya 30 minit boleh sampai. jadi pikir la dulu sblm buat kenyataan. kalau malas pikir elok diam je wardina oi.

    jentayu

    BalasPadam
  6. dia ni GILA PUBLISITI ni.... sudahlah

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.