Heh!!! Ini macam punya cerita pun ada jugak ke? Mungkin dek kerana kemaruk sangat dengan pasukan atau pemain tertentu dalam Piala Dunia, cerita macam ni pun boleh keluar.
Luis Suarez |
Andaian mengatakan bahawa Jawatankuasa Tatatertib FIFA yang mengambil tindakan terhadap pemain Uruguay, Luis Suarez sebelum ini dianggap menghina.
Tindakan itu dilihat seolah - olah memperlekehkan golongan bergigi jongang seperti Luis Suarez dengan menggantung pemain tersebut selama 4 bulan.
Pemain penyerang pasukan Uruguay itu juga turut digantung sebanyak 9 perlawanan selepas jawatankuasa tersebut mencapai keputusan sebelum ini.
Suarez didakwa bertindak liar dengan menggigit bahu pemain Itali, Giorgio Chielini dalam aksi kumpulan D bagi perlawanan Piala Dunia 2014.
Jelas FIFA, penggantung Suarez mengikut Artikel 48, Perenggan 1(D), Kod Tatatertib FIFA (Serangan) dan Artikel 57 FDC (kelakuan yang tidak melambangkan semangat kesukanan).
Namun, bagi pendapat sesetengah penyokong pemain kelab Liverpool, tindakan FIFA itu dilihat melampau dan menjejaskan nama baik pemain tersebut.
"Malang bagi sebuah badan antarabangsa memberikan hukuman sedemikian terhadap Suarez. Bukan dia mintak dilahirkan dengan gigi sedemikian rupa.
"Apa yang berlaku bukannya disengajakan. Tapi ianya kejadian semula jadi. Apa yang boleh Suarez buat sebab dia ada gigi jongang macam tu?
"Mungkin selepas ini FIFA boleh buat undang - undang baru. Semua pemain diwajibkan pakai 'Tooth-Guard' sebelum masuk padang bagi memastikan kejadian sama tidak berulang."
Hah! Itu pun boleh jugak didakwa sebagai melanggar Hak Asasi Manusia. Pun boleh dianggap sebagai satu penghinaan. Bab tu, tak de pulak penyokong Pakatan Haram tu nak meroyan tak tentu arah buat demo sambil berguling atas jalan raya!!! - seterusnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.