Halaman

Khamis, Julai 03, 2014

SAM KETOT MENANGIS, DESAKAN TAK DIPEDULIKAN!!!


Khalid Ibrahim secara sinis menyindir pimpinan PKR yang dilihat tidak mengambil apa-apa ketetapan berhubung desakan Sam Ketot berhubung jawatan Menteri Besar Selangor.

Sambil menyatakan pemimpin PKR harus bertanggungjawab dalam isu tersebut, Khalid turut menuntut semua pihak agarmenunjukkan kematangan masing-masing.
"Saya rasa, pimpinan PKR mestilah bertanggungjawab dan pada masa sama, kita perlulah tunjuk kematangan kita. PKR sebagai sebuah parti dalam pakatan (bersama-sama DAP dan Pas).
"Kita perlu tunjukkan kematangan serta lebih bijaksana dalam apa yang dilakukan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Semalam, Si Sam Ketot tu mendesak Khalid Ibrahim supaya tidak lagi meneruskan peranannya sebagai Menteri Besar selepas tewas dalam pemilihan jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor.

Menurut Si Sam Ketot tu, pengunduran tersebut perlu sebagai tanggungjawab moral dan menganggap kekalahan tersebut sebagai isyarat penolakan akar umbi terhadap Khalid.

Kenyataan tersebut menerima reaksi balas daripada Penyelaras DUN Pelabuhan Klang, Faekah Husin yang disiarkan menerusi laman portal Merosakkini.

Menurut Faekah, kenyataan Si Sam Ketot tu telah melangkaui arahan  Si Ketua Penipu tu agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan mengenai jawatan MB Selangor.

Jelas Faekah, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad juga membuat kenyataan balas dengan berkata PAS tidak pernah menyerahkan kepada pemimpin lain untuk buat keputusan bagi pihak mereka.

Tambah Si Faekah kenyataan Sam Ketot secara dasarnya telah mencarik kesepakatan dalam pakatan PKR, DAP dan Pas selain merosakkan imej PKR di mata rakyat.

Bagaimanapun, kritikan terhadap pihak yang mahu Khalid Ibrahim berundur daripada jawatan Menteri Besar tersebut dibalas dengan tindakan disiplin oleh PKR apabila Faekah dikenakan surat tunjuk sebab oleh Lembaga Disiplin parti itu hari ini.

1 ulasan:

  1. wahai malaon2 yang bukan ic 10, berenti cakap banyak boleh? apahal pulak malaon bukit katil dok sibuk hal selangor. tanah tempat mak bapak ko lahir ke? berapa ic ko? satu hal lagi, apasal nak bagi minah proksi mamat ic penang calon mb selangor? nak bagi tau kt sini, selangor hanya boleh bagi jawatan mb kepada pemilik ic 10, reti tu? jangan ingat selangor boleh jadi penang, bodo bagi orang ic melaka jadi ketua menteri penang. bahalol sungguh!!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.