Halaman

Jumaat, Julai 04, 2014

MAHFUZ CUBA NAFI GERAKAN JATUHKAN HADI AWANG!!!


Heh!!! Mungkin secara zahirnya Si Mahfuz Bean ni boleh menafikan perkara tersebut. Tetapi secara REALITInya, perkara itu tidak mampu didiamkan.

Mungkin benar gerakan nak menjatuhkan Hadi Awang tu tidak dinyatakan secara terang - terangan. Kalau disebut terang - terang, BODOH bebenor la namanya.

Hakikatnya, gerakan memburukkan imej serta menjejaskan maruah dan reputasi Si Hadi Awang tu memang benar - benar wujud. Perkara itu tidak perlu dinafikan lagi.

Jika kita tengok sebelum ini pun, mana ada pemimpin kanan PAS yang tampil menjaga nama baik Hadi Awang apabila dia disaman oleh Bekas Calon PKR kerana didakwa memfitnah.

Tidak ada seorang pun pemimpin kanan PAS termasuk Si Mahfuz Bean tu sendiri yang tampil menempelak tindakan yang dilakukan oleh Bekas Calon PKR tu.

Kenapa PAS tidak bangkit dan mengecam tindakan tersebut? Kenapa tidak ada dikalangan pemimpin PAS yang mendesak supaya PKR ambik tindakan yang sewajarnya?

Sebaliknya, sebahagian besar dari kepimpinan PAS Pusat hanya mendiamkan diri dan tidak ada seorang pun yang membela maruah Presiden mereka sendiri.

Semuanya main pakat diamkan diri belaka. Semuanya sekadar menutup mulut dan tak berani nak serang PKR kerana membiarkan ahlinya mengambil tindakan sedemikian.

Sekarang pun kita boleh lihat gerakan nak memburukkan nama Si Hadi Awang tu masih lagi berterusan dan pemimpin PAS seperti Mahfuz Bean terus mendiamkan diri.

Semalam pun kita dah baca satu artikel yang dikeluarkan oleh The Malaysian Insider yang dilihat cuba nak mencemar nama Si Hadi Awang tu secara terang - terangan. (KLIK SINI)

Pun pemimpin PAS macam Si Mahfuz Bean tu tak nak bagi komen dan mengecam tindakan tersebut. Sebaliknya, dia hanya menutup mulut dan membutakan mata.

Jadi, usah la Si Mahfuz Bean tu cuba nak tutup kemaluan pemimpin PAS yang lain dengan menafikan usaha menjatuhkan nama baik Hadi Awang tu. 

Rakyat boleh lihat sendiri sejauh mana pemimpin PAS membela nama baik Presiden parti tersebut. Kalau maruah Presiden pun diorang tak mampu nak pertahankan, macam mana diorang nak pertahankan maruah Negara? Alamat jahanam la jawabnya!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.