Halaman

Jumaat, Julai 04, 2014

KEISLAMAN FELIXIA JADI PERTIKAIAN!!!


Semalam, kecoh dilaman media sosial memperkatakan mengenai pengislaman bekas model Playboy, Felixia Yeap. Ramai yang mengucapkan tahniah kepada model tersebut.

Tapi, tak kurang juga ada yang menimbulkan syak terhadap pengislaman yang dilakukan oleh Si Felixia Yeap tu. Ianya menimbulkan satu tanda tanya.

Kenapa dia beria - ia sangat nak menghalang pihak media dari menghadiri majlis pengislaman dia di sebuah masjid di TTDI tu? Apa yang dia nak rahsiakan sangat?

Kenapa dia tak panggil pihak media untuk membuat liputan sedangkan sebelum ini pihak media juga yang mewar - warkan perkara tersebut kepada umum?

Biarpun pihak media memahami privasi yang diminta oleh Felixia, namun masyarakat umum masih mempertikaikan perkara tersebut secara terbuka.

Tindakan merahsiakan pengislamannya kepada khalayak umum menimbulkan syak dan persoalan. Betul ke dia dah masuk Islam? Bagaimana perkara itu dapat dibuktikan?

Siapa yang menjadi saksi kepada pengislaman tersebut? Siapa yang dapat mengesahkan bahawa Si Felixia Yeap tu benar - benar sudah mengucap dua kalimah syahadah?

Ada juga yang masih skeptikal dan beranggapan tindakan Si Felixia Yeap tu hanya sekadar untuk meraih publisiti dan mencari populariti murahan.

Malah, status yang dimuat naik dalam laman Facebook milik Felixia sendiri masih menimbulkan pelbagai spekulasi dan persepsi dari kalangan rakyat.
"Kepada semua media, saya pasti untuk tidak membenarkan sesiapa pun untuk datang menyaksikan saya mengucap syahadah bagi berlaku adil kepada semua. Terima kasih kerana memahami," tulisnya di laman sosial Facebook, hari ini.
Itu persoalan yang timbul. Sewajarnya, perkara itu perlu dijelaskan oleh Felixia dan didedahkan kepada umum bagi mendapatkan keyakinan dari mereka.

Sesungguhnya, apabila wujud syak dan was - was pada perkara sedemikian, maka pihak Felixia sendiri perlu tampil memberikan bukti agar ianya tidak menjadi fitnah.

Memang benar, adalah dilarang dalam Islam untuk tidak menyebarkan fitnah. Tetapi Islam juga ditidak membenarkan umatnya membuka pintu bagi sebarang fitnah yang mampu memburukkan nama baik dan maruah diri sendiri!!!

6 ulasan:

  1. pelik sungguh orang Melalyu dan rakyat Malaysia.

    segala galanya mereka hendakkan bukti. kalau tiada bukti akan mengakibatkan fitnah. dah ramai pun mereka mualaf masuk Islam, kenapa semuanya tidak diberkehendakkan bukti? kalau betullah nak berlaku adil, bagi tau kepada JAKIM untuk mengarahkan semua istitusi Islam dibawah jagaanya supaya memanggil media bagi setiap pengislaman yang hendak dilakukan. biarkan media buat liputan. kalau itulah yang dikehendakki. mentang mentanglah si Felexia ni personaliti, nak pulak diberikan liputan. nakkan buktilah dan macam macam kerenah.

    sepatutnya kita bersyukur dalam keadaan orang cina bencikan Islam, ada juga seorang dari bangsa mereka yang masuk Islam dan berdoa mengharapkan lebih ramai lagi akan menganut agama Islam.

    takut pulak kalau kalau malam pertama pun media nak buat liputan sebagai bukti. Islam tu kan mudah. bersangka baik sesama maknusia!!!

    BalasPadam
  2. Selama ni yg beribu ribu orang masuk islam tu tak panggil media pun untuk membuktikan dah mengucap shahadah. Culuplah iman dan jemaah yg ada dimasjid tu sebagai saksi dan selebihnya antara dia dan Allah.

    BalasPadam
  3. Heh... itu yang peliknya dengan orang Malaysia sekarang ni... semuanya nak bukti belaka... tak de bukti, bermakna perkara tu tak sahih...

    Mungkin pemikiran sedemikian hasil dari kepala otak Si Ketua Penipu tu jugak gamaknya... segala - galanya nak bukti... kena ada 4 orang saksi dan sebagainya... bila ditunjuk bukti, tak nak pulak dia mengaku... tau pulak dia meroyan tak tentu arah kata orang saja tabur fitnah... alahai, dunia... dunia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti nak tengok bukti oMOi tu DAH SUNAT KE BELUM.

      Padam
  4. Tipikal pembangkang klu belah dia sume btol tp klu kerajaan buat program selawat perdana pun dicaci. Klu felixia ni btul2 nk kan privasi nape plak dia sdr hebohkn nk msuk Islam. Senyap2 masuk x bleh ker? Dia sdr yg heboh pastu hipokrit nk tnjuk alim x nak heboh plak. Cth mcm ni yg penyokong pr gagal nk nilai sbb tu sanggup dtipu bkali2 oleh pmimpin mrk spai menifesto bukan janji pun pakai hangguk jge

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia kenalah bagi tau bang sebab dia sebab dia nak orang tau dia tuh Islam. dia mungkin hendak orang Islam lainya menegur atas kesilapan dia sebagai sorang Islam. jadi kalau dia ke masjid atau ke surau tidaklah pula timbul fitnah. mungkin dia tu ikhlas dan sedar bahawa hukum tu tertakluk pada yang zahir dan yang dalam adalah ketentuan Allah.

      persoalan disini adalah keIslaman beliau dan tidak ada kena mengena dengan pembangkang. admin hanya tunjukkan satu contoh yang paling dekat dan senang difahami.

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.