Selepas didapati melaksanakan akta dekronian didalam parti tersebut, PKR juga didakwa mengamalkan dasar tertutup terhadap Kebebasan Media.
Biar pun selama hari ini mereka seringkali mendabik dada menyatakan yang mereka berjuang demi mendapatkan Kebebasan Media, tapi tidak didalam parti tersebut.
Apa yang jelas, PKR tidak memberi peluang lansung kepada ahli - ahli mereka bersuara sama ada didalam medium yang disediakan ataupun kepada media umum.
Sekiranya ada ahli yang didapati menyalahgunakan media dengan memburukkan imej serta nama baik parti tersebut, PKR akan mengambil tindakan yang tegas.
Hakikatnya, PKR tidak dapat menerima kenyataan bahawa medium yang sepatutnya disediakan kepada ahli untuk menyatakan bantahan mereka tidak berfungsi dengan baik.
Dek sebab diorang tak nak mengaku keGAGALan diri mereka sendiri mengendalikan parti, maka sebab itu mereka menjatuhkan hukuman kepada ahli.
Sebagaimana yang dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia, ahli parti tersebut beralih kepada media disebabkan aduan dan suara mereka tidak diendahkan.
"Mereka (ahli) berpindah (beri kenyataan) kepada media sebab saluran dalaman tertutup atau tidak berkesan, justeru mereka berpindah kepada media. Jadi mereka harus diberi peluang untuk bersuara," ujarnya ketika dihubungi Antarapos.
Nah!!! Itu membuktikan bahawa PKR ni jenis parti yang bukan sahaja mengabaikan Kebajikan Rakyat, tetapi turut meminggirkan suara ahli mereka sendiri.
Malah tidak cukup setakat itu sahaja. PKR juga dilihat tidak melaksanakan dasar demokrasi dalam parti dan hanya mempergunakan kuasa diktator dalam menerima kritikan.
"Untuk menjadi sebuah parti yang demokratik parti itu mestilah berkeupayaan menerima kritikan dan berkeupayaan untuk bertolak ansur terhadap pandangan yang berbeza.
"Tiada masalah untuk ahli parti mengkritik partinya. Sepatutnya terimalah dengan hati terbuka. Ditambah lagi parti itu dakwa diri mereka mengamalkan demokrasi. Kalau seorang ahli kritik pemimpin lepas itu kena buang, akhirnya siapa yang tinggal?"
Huh!!! Itulah bahananya bila suka sangat berlagak macam dia je yang bagus. Kalau menyalak kat atas pentas, apa yang orang lain buat semuanya tak betul.
Penyudahnya, apa yang diorang tuduh pada orang lain tu, diorang sendiri yang buat. Diorang kata Kerajaan tak amalkan Kebebasan Media, diorang pun lebih teruk dari itu.
Sampai tahap ahli dipecat kerana cuba nak bersuara menyatakan Kebenaran. Itu yang diorang nak banggakan sangat? Itu yang diorang nak dabik kata diorang pejuang Rakyat? Kalau setakat cakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.