Halaman

Isnin, September 29, 2014

ADA BAIKNYA PAS TENDANG JE BERUK NI!!!

Dipecat, Digantung atau Dilepaskan tanpa hukuman. Itu diantara pilihan yang ada bagi menentukan nasib dua ekor ADUN Beruk yang menyokong PKR sebelum ni.

Adalah dimaklumkan bahawa kedua - dua mereka akan dihadapkan kepada Lembaga Dispilin ekoran tindakan membelakangi pendirian yang telah dibuat parti.

Tindakan mereka itu bukan sahaja merosakkan hubungan PAS dengan Pakatan, bahkan ianya menjejaskan imej, maruah serta kredibiliti PAS dimata rakyat secara umum.

Maka sebab itulah kita dapat faham kenapa Si Hadi Awang tu mengamuk dan marah pada dua ekor ADUN beruk tu. Tapi mereka yang tak faham akan menyalahkan Presiden PAS.

Mereka akan anggap tindakan Hadi Awang melabelkan dua ekor Beruk tu sebagai Pengkhianat, Barua, Broker dan sudah dibeli sebagai keterlaluan serta tidak wajar dibuat.

Namun memang itulah hakikatnya. Apa yang dilakukan oleh dua ekor ADUN Beruk itu memang satu Pengkhianatan terhadap parti sehingga parti dipandang serong oleh rakyat.

Malah, keputusan yang dibuat oleh mereka juga menggambarkan bahawa mereka lebih sanggup untuk mengikut arahan orang lain dan membelakangi parti mereka sendiri.

Langkah itu boleh dianggap sebagai satu langkah BARUA kepada parti lain biar pun mereka mempunyai hubungan Tahaluf Siyasi. Sepatutnya, parti sendiri yang perlu diutamakan.

Hari ini, mereka akan berdepan dengan Lembaga Disiplin. Maka macam - macam la andaian yang dibuat terhadap keputusan yang bakal ditentukan terhadap mereka.

Ada yang kata, jika mereka dipecat dari parti, ianya akan memberi kesan buruk terhadap PAS dan akan dianggap sekadar membalas dendam terhadap apa yang telah berlaku.

Ada juga yang berpendapat kononnya sebarang tindakan memecat atau menggantung dua orang ADUN Beruk tu akan meretakkan lagi hubungan PAS dengan Pakatan.

Maka disinilah terletaknya dilema PAS. Mereka kini tiba disatu persimpangan dalam perjuangan Politik mereka dengan membuat pilihan bagi menentukan masa depan Politik mereka.

Mereka perlu pilih diantara dua; ambik tindakan yang tegas dan betul terhadap Pengkhianatan yang telah dilakukan, atau kekal menjadi Pak Angguk Saja kepada Pakatan.

Inilah masa yang terbaik untuk PAS mengembalikan kredibiliti sebagai sebuah parti yang bermaruah. Kalau setakat nak jadi Pak Angguk Saja, baik diorang bubarkan saja parti tu sebab memang sah diorang ni jenis yang tak de Maruah!!!

Ps: Sebelum ni, Anak Si Nik Aziz tu pun dah memalukan parti. Klik kat sini.

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.