Halaman

Rabu, Oktober 01, 2014

GUAN ENG BENGKAK DIPERBODOHKAN PEGUAM SENDIRI!!!

Heh! Memalukan sungguh. Macam mana seorang Ketua Menteri boleh mengupah seorang peguam yang tak reti buat kerja ni? Bodoh sangat ke Ketua Menteri tu?

Kalau kena gaya bila bercakap macam dia bijak sangat. Tapi penyudahnya dia hanya dimalukan oleh peguam dia sendiri. Takkan nak hantar writ pun tak reti ke? 

Apa punya bodoh peguam dia ambik sampai tahap menyebabkan diri sendiri hilang kemaluan depan orang ramai. Itu pun kalau dia ada kemaluan la ye tak.

Tapi, ada jugak yang kata, sebenarnya Si Guan Eng tu yang takut nak saman Si Nasa Tantawi tu. Maka sebab itulah dia suruh peguam dia sengaja buat kerja bodoh tu.

Jika kita fikirkan secara logik, takkan la peguam tu tak reti buat kerja dia. Dah berapa lama dia buat kerja tu? Takkan pulak Si Guan Eng tu nak ambik peguam yang baru semalam keluar Universiti. Kesimpulannya, bukan salah Si Peguam tu yang silap buat kerja. Tapi salah Si Guan Eng tu yang tak pandai pilih peguam!!!
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membatalkan saman yang difailkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap Ahli Parlimen PAS Temerloh Nasrudin Hassan Tantawi, dengan kos sebanyak RM500.

Nasrudin mengesahkan perkara tersebut dalam satu catatan di facebooknya pada tengah malam Isnin.

"Peguam saya maklumkan siang tadi bahawa saman Ketua Menteri Pulau Pinang ke atas saya dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang," kata beliau.

Difahamkan perintah pembatalan tersebut dibuat oleh Pendaftar Mahkamah disebabkan kegagalan Peguam Guan Eng untuk mematuhi Aturan Pliding tentang keabsahan Writ Saman, iaitu kegagalan untuk menandatangi Writ Saman tersebut yang menjadikan dokumen tersebut tidak sah untuk didaftarkan di Mahkamah.

Peguam Guan Eng cuba memberi penjelasan dan mendesak Mahkamah menerima dokumen yang cacat tersebut, namun Mahkamah menegaskan bahawa Aturan Pliding dan Kaedah Mahkamah 2012 hendaklah dipatuhi sepenuhnya.

4 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.