Sewaktu mula menjawat jawatan sebagai MB Selangor yang baru, Si Azmin Ali tu kata dia tidak akan menjadi boneka sesiapa termasuk la Si Ketua Penipu tu.
Tapi jika kita lihat sejak kebelakangan ini, banyak isu yang nak dibangkitkan oleh Si Azmin tu merupakan isu - isu yang diarahkan oleh Si Ketua Penipu tu.
Ianya termasuk la cerita pasal konsesi air yang menjadi topik hangat dalam ucapan Si Ketua Penipu tu sebelum ini. Rata - rata Si Ketua Penipu tu jaja cerita tu.
Malah, boleh dikatakan dalam setiap ceramah dia ulang cerita yang sama, mendakwa kononnya SI Khalid Ibrahim tu menyeleweng dalam membuat perjanjian tersebut.
Tapi kena ingat ye. Si Ketua Penipu tu tak sebut RASUAH tau. Sebaliknya dia menggunakan perkataan 'Mereka Yang Dapat Manfaat'. Jauh bezanya dengan Rasuah.
Lebih kurang amcam kita tuduh Si Azmin tu Menipu jugak la. Sebenarnya dia tak Menipu. Cuma dia 'Tidak Bercakap Benar'. Lain maksudnya tu tau. Jangan salah faham pulak.
Maka arahan yang diberikan oleh Si Ketua Penipu tu kepada Azmin ialah untuk mendedahkan nama - nama 'mereka yang dapat manfaat' tu kepada umum.
Soalnya, kenapa Si Ketua Penipu tu marah sangat bila ada orang lain yang dapat manfaat tu? Kenapa dia tak sebut perkara tu sebelum ini? Kenapa baru sekarang dia nak bangkitkannya?
Itu menimbulkan persoalan dikalangan rakyat sebenarnya. Selama hari ini, Si Ketua Penipu tu buat diam je cerita pasal 'Mereka Yang Dapat Manfaat' tu. Tak de pulak dia bising - bising.
Sebab apa sekarang baru dia berbunyi? Sebab ada dikalangan kroni - kroni dia yang tak dapat manfaat tu. Maka sebab itulah dia bising dan menuduh Si Khalid Ibrahim tu secara terbuka.
Mungkin Si Ketua Penipu tu ingat rakyat Malaysia lupa cerita pasal kroni dia yang nak jual konsesi air kepada Rejim Pakatan Selangor sewaktu pemerintahan Khalid Ibrahim tu.
Dia terlupa pendedahan yang telah dibuat sebelum ini dimana kroni dia tu meminta harga yang jauh lebih tinggi dari harga sebenar pembelian konsesi tersebut. Dan sebab itu dia marah.
Cuba kalau pada ketika itu Si Khalid Ibrahim tu beli konsesi tersebut pada harga yang mereka tetapkan. Adakah Si Ketua Penipu tu akan tetap menyalak macam Anjing tak sedar diri? Tak de der!!! Dah tentu - tentu dia pun akan diam sebab dia pun dapat Manfaatnya!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.