Halaman

Khamis, Oktober 02, 2014

3 SOALAN MINYAK NAIK UNTUK PAK MENTERI!!!

Ini tiga soalan yang menarik diajukan buat Pak Menteri yang berkenaan untuk menjelaskan mengenai kenaikkan harga minyak RON95 dan Diesel semalam.

Pak Menteri tak perlu nak bagi alasan panjang lebar untuk me-RASIONALISASI-kan soal pengurang subsidi minyak sebanyak RM 0.20sen tu. Buang masa Pak Menteri je.

Maka, demi untuk menjimatkan masa Pak Menteri yang cukup berharga tu, adalah lebih baik Pak Menteri jelaskan kepada rakyat mengenai tiga soalan ini secara jujur dan telus.

Pertama, dari sumber yang dimaklumkan, soal kenaikkan harga minyak RON95 dan Diesel sebanyak RM 0.20sen tu tak dibincang pun dalam mesyuarat kabinet semalam. 

Kenapa ianya tak dibincangkan terlebih dahulu dan adakah kenaikkan harga minyak tu dipersetujui oleh semua pihak termasuk dikalangan Menteri Kabinet sendiri?

Kedua, kenapa kenaikkan harga minyak tu berlaku dalam keadaan harga minyak dunia pada ketika ini sedang mengalami penurunan? Adakah kenaikkan itu masuk akal bagi Pak Menteri?

Dan Ketiga, kenapa kenaikkan harga minyak tu diumumkan pada waktu seluruh rakyat Malaysia sedang bersiap sedia untuk pulang ke kampung halaman dan menyambut Hari Raya Aidil Adha?

Terdesak sangat ke pihak Kerajaan nak naikkan harga minyak tu sekarang sehingga mereka tak boleh nak bersabar dalam tempoh lebih kurang seminggu sahaja lagi?

Itu persoalan yang perlu dijelaskan oleh Pak Menteri. Tak perlu la Pak Menteri nak habiskan masa buat perbandingan kenaikkan harga minyak di Negara - Negara lain.

Sepatutnya Pak Menteri sendiri perlu prihatin dengan keadaan sekeliling sebelum membuat sebarang keputusan. Tolong cakna sikit dengan apa yang berlaku diluar pejabat Pak Menteri. Jangan asyik suka tengok Maharaja Lawak je kerjanya!!!

10 ulasan:

  1. PM bodoh kena tipu dengan consultant 7 billion...hilang duit negara.

    BalasPadam
  2. Rakyat Malaysia tak terhegeh-hegeh dan minta sedekah BR1M, Kenapa bodoh dan bengap sangat BN ni. BR1M tidak meningkatkan produktiviti negara pun. Tapi kalau inflasi dah melebihi 4%, boleh hancur negara.

    BalasPadam
  3. Nie semua Kerja Omar Ong dan Jamaluddin Jarjis??????

    Menteri Bodoh macam Mat Maslan dan Wahid sepatutnya dipecat serta merta..

    Buat analisa salah??????

    BalasPadam
  4. Saya mewakili rakyat Malaysia yang cintakan negara menyeru supaya Najib dan PEMANDU2 mabuk ketum nya dgn SEGERA MELETAK JAWATAN dan memberi laluan kepada mereka yang lebih prihatin masalah rakyat Malaysia terutama yang berbangsa melayu beragama Islam serta yang lebih berakal waras sebagai pemimpin.

    Sekian terima kasih.

    Rakyat Jelata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 4 tahun je lagi...mrk yg gagal membela rakyat akan disingkirkan.

      Padam
  5. Sempena Hari Raya Korban ni...jangan tanya apa yang kerajaan korbankan untuk kamu...tanyalah apa yang kamu korbankan untuk negara...

    Anggaplah kenaikan harga minyak sebagai pengorbanan rakyat untuk negara....

    BalasPadam
  6. Sedekah, zakat kerana amal faedah bank,setuju tak mana ada neraka.yang ada matahari

    BalasPadam
  7. Banyakkan berfikir semasa buat keputusan ingatlah rakyat banyak yg susah, jangan disusahkan lagi...kalau berjalan pandang-pandanglah kebawah...berkorbanlah demi rakyat, ingatlah selogan rakyat didahulukan....

    BalasPadam
  8. 4 tahun je lagi...

    BalasPadam
  9. sbb tu lah pembangkang menang besar bila PRU diadakan sedangkan pembangkang tidaklah sekuat mana pun jika dibandingkan dgn BN..apa yg pasti consultant BN tidak mempunyai jiwa utk denyut nadi rakyat m'sia..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.