Halaman

Khamis, Oktober 02, 2014

MP ALOR STAR 'TERLAJAK' DALAM SELUAR!!!

Akibat suka 'Main Belakang', begini la kesudahnnya!!!
Ini yang orang kata, "Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak kata buruk padahnya". Tapi MP Alor Star tu bukan faham sangat maksud ertikata peribahasa tu.

Sebab perangai dia pun lebih kurang sama je macam puak - puak Chauvanist DAPigs yang sejak sekian lamanya memusuhi Melayu dan Islam di Malaysia ni.

Biarpun kenyataan yang dibuat sebelum ini, mencabar kuasa mutlak yang dimiliki oleh Sultan dalam menentukan pemilihan Menteri Besar itu jelas dan nyata, tapi dia tetap menafikannya.

Kata dia, perkara itu telah disalah tafsirkan kerana PKR secara zahirnya menerima pelantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar. Soal menghina keputusan Sultan tu tak wujud.

Tapi sebaliknya, jelas Si Ahli Parlimen Alor Star tu, dia hanya membangkitkan persoalan kenapa calon yang mendapat sokongan majoriti dari kalangan ADUN tidak dipilih sebagai Menteri Besar?

Adalah satu perkara yang MUSTAHIL bagi seorang Ahli Parlimen tak tau mengenai Undang - Undang Tubuh Negeri yang memberi kuasa kepada Sultan untuk melantik Menteri Besar.

Perlantikan Menteri Besar tu BUKAN berdasarkan sokongan yang diterima oleh calon, tetapi bergantung kepada perkenan Tuanku Sultan. Perkara itu sudah diketahui umum.

Jadi, kenapa pulak ianya masih menjadi persoalan kepada Ahli Parlimen PKR tu? Kenapa pulak dia masih nak menafikan bahawa dia sengaja nak mencabar kuasa Sultan?

Malah alasan yang dia berikan KONONnya nama Si Azmin tu tidak pernah dicalonkan oleh mana - mana pihak dari kalangan Pakatan pun tak masuk akal.
“Sejauhmana yang saya tahu, namanya tidak pernah dikemukakan oleh mana-mana tiga parti Pakatan Rakyat kepada Istana untuk dipilih sebagai MB,” katanya dalam satu kenyataan.
Bukan ke sebelum ni PAS dah calonkan nama Azmin untuk menggantikan Khalid Ibrahim? Dah berapa kali PAS menyatakan perkara tersebut dalam media dan menjelaskannya kepada umum?

Atau adakah selama hari ini Si Ahli Parlimen Alor Star tu duduk dalam gua sehingga dia ketinggalan dari mendapatkan sumber - sumber berita mengenai isu - isu semasa?

Hakikatnya, Si Ahli Parlimen Alor Star tu hanya sekadar nak menutup kemaluan diri dia sendiri je. Sebenarnya dia dah kantoi mendedahkan agenda subversif yang direncanakan oleh PKR selama hari ini. Maka sebab itulah dia terpaksa membogelkan diri dia sendiri depan orang ramai!!!

PS: Sebelum ni pun dia dah terlajak jugak. Klik Sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.