Halaman

Selasa, Oktober 07, 2014

ADA PIHAK BIKIN USOP WILCHA PANAS!!!

Pelakon komedi Shy8 atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha menganggap ada pihak yang tidak berpuas hati dengan dirinya dan mengambil kesempatan untuk melaga-lagakan serta mengeruhkan hubungan dia dengan pengarah Mamat Khalid.

Usop atau nama sebenarnya Syed Mohammed Asri Syed Osman Jamalulail, 49, berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pengarah yang sudah dikenalinya sejak 15 tahun yang lalu.

"Saya tahu ada pihak yang tidak berpuas hati dengan saya dan mengambil peluang ini untuk melaga-lagakan kami berdua, namun sebenarnya tidak ada apa yang perlu dibesarkan dengan cerita yang disebarkan itu.

"Saya dengan abang Mamat Khalid sudah berkawan sejak tahun 1999 lagi, kami memang berkawan rapat dan sudah mengetahui cara kerja masing-masing sebab itu saya senang dengan hasil kerja dia," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Isnin.

Usop Wicha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang laporan di ruangan pojok sebuah akhbar mingguan tentang hubungan kedua-dua selebriti ini saling bermasam muka.

Usop didakwa buat perangai di lokasi penggambaran filem Usop Wilcha Melawan Werewolf Dari Bangladesh (UWMWDB) dan bertindak melempar baju ke muka penjaga kostum.

Manakala, Mamat pula dikatakan tidak memberi kerjasama dan sering kali mengubah skrip ketika penggambaran filem Usop Wilcha Menggonjang Makhluk Muzium (UWMMM) yang diterbitkan sendiri oleh Usop Wilcha.

Dalam pada itu, Usop berkata, ketegasannya dalam menguruskan produksi ketika penggambaran filem UWMMM itu dilihat seperti terjadinya perselisihan faham berlaku antara dia dan pengarah itu.

PS: Itu cerita pasal Usop Wilcha dan Mamat Khalid. Anak Nik Aziz 'Panas' korang dah baca ke belum? Klik sini.

1 ulasan:

  1. Ucop lu mana mau lari ,kita mahu hantar awak masuk muzium zoo negara

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.