Isnin, Oktober 06, 2014

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui parti itu sekarang sedang diserang dari dalam oleh pihak yang tidak mahu Pas muncul sebagai parti dominan dalam pakatan pembangkang.

Beliau yang juga merupakan anak kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, usaha melemahkan Pas itu ada kaitan dengan gerakan menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tindakan memperlekeh Majlis Syura Ulama.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada seluruh ahli dan pendokong Pas agar berada dalam kesedaran tinggi bagi memastikan usaha pihak terbabit untuk melemahkan parti berkenaan dari dalam tidak membuahkan hasil.
“PAS mesti diserang dan dipinggirkan daripada menjadi kekuatan utama dalam pakatan. Ia mesti dilemahkan daripada dalam. Kekuatannya mesti diragut dan dibiarkan hidup dengan kekuatan baru yang sedia menolak seruan ke arah syariat Islam.
“Mereka sedar kekuatan PAS berpaksikan Majlis Syura Ulama yang didokong oleh para ulama dalam memimpin PAS. (Justeru) ahli dan pendokong PAS mestilah dalam kesedaran yang tinggi,” kata Nik Mohamad Abduh menerusi Facebooknya.
Minggu lalu, Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mengakui secara terbuka bahawa PAS menjadi mangsa buli sekutunya dalam pakatan pembangkang selain terdapat usaha membakar sentimen masyarakat dan penyokong mereka agar membenci parti tersebut.

Kenyataan itu dibuat beliau sejurus wakil PAS dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor dikurangkan kepada tiga berbanding empat dan penyingkiran Bendahari PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim daripada semua jawatankuasa tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Dalam perkembangan berkaitan, Nik Mohamad Abduh walaupun mengakui PAS cuba dilemahkan dari dalam, tidak pula berani tampil mendedahkan pemimpin Pas yang menjadi tali-barut sehingga menyebabkan parti berkenaan bergoncang baru-baru ini.

Sebaliknya seperti biasa, beliau cuba berdalih dengan menggunakan alasan kononnya kehadiran PAS sebagai pemain utama dalam pakatan cukup merimaskan pihak tertentu termasuk musuh politik utama pembangkang iaitu Barisan Nasional (BN).
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping