Halaman

Selasa, Oktober 14, 2014

ANWAR HALALKAN KES SAMAN TERHADAP HADI AWANG???

Nampak gayanya kemelut yang melanda Pakatan Haramjadah tu masih lagi belum selesai apabila ada pendedahan dibuat mengenai Pengkhianatan Pakatan terhadap Hadi Awang.

Isu berkaitan dengan kes saman Bekas Calon PKR terhadap Hadi Awang masih belum selesai sehingga hari ini. Kes tersebut masih lagi dibicarakan dimahkamah.

Jika sebelum ini, Si Ketua Penipu tu pernah berjanji kepada PAS untuk menyelesaikan kes tersebut diluar mahkamah dan menyelamatkan maruah Hadi Awang.

Janji tersebut diluahkan oleh Si Ketua Penipu serta kepimpinan PKR sebelum bermulanya Pilihan Raya Kecil DUN Kajang bagi mendapatkan sokongan dari kalangan PAS.

Namun malangnya sehingga hari ini, Si Ketua Penipu dan konco - konconya masih tidak menunaikan janji yang telah dibuat. Sebaliknya, mereka terus bersikap berdiam diri.

Tidak ada apa pun tindakan yang dilakukan oleh mereka untuk menyelesaikan kes tersebut seperti yang dijanjikan. Malah mereka membiarkan maruah serta integriti Hadi Awang terus tercemar.

Satu pendedahan yang dibuat oleh 'Ali Ahamad' menyatakan bahawa saman yang difailkan oleh Mohd Shamsul terhadap Presiden PAS itu turut mendapat 'Restu' dari Si Ketua Penipu tu.

Tindakan tersebut adalah bagi tujuan untuk melemahkan serta merosakkan pengaruh Politik yang dimiliki oleh Hadi Awang selaku Presiden PAS secara terang - terangan dikalangan rakyat.
“Anwar merupakan dalang di sebalik tabir yang mengarahkan pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail memperalatkan Mohd Shamsul Md Amin menyaman Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkaitan isu pil kuda

“Tujuannya untuk melemahkan pengaruh dan imej Hadi yang dianggap kuasa sebenar dalam Majlis Syura Ulama PAS.

“Semua itu dibuat untuk memastikan Hadi berundur daripada pegang Presiden PAS dan diganti dengan Mat Sabu yang Anwar yakin, dia boleh beli Mat Sabu,”komennya ketika mengulas dalam artikel “Kenali Tokoh-tokoh LIBERAL Indonesia.”
Maka sudah terang lagi nyata bahawa Si Ketua Penipu tu mempunyai niat untuk menguasai PAS supaya terus menjadi Pak Angguk Saja dalam Pakatan. Persoalannya, adakah mereka sanggup tunduk pada seorang Kaki Bontot semata - mata kerana Gilakan Kuasa? Korang fikir la sendiri!!!

PS: Mungkin sebab itu Si Hadi Awang tu 'Jijik' nak duduk sebelah Si Ketua Penipu tu. Klik Sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.