Halaman

Khamis, Oktober 09, 2014

BILA TUN M KRITIK TAHALUF SIYASI PAS!!!

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan ‘tahaluf siyasi’ (kerjasama) PAS bersama parti komponen dalam Pakatan Rakyat menyebabkan parti berkenaan terpaksa menghalalkan sebarang cara yang dituntut oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP walupun ianya bertentangan dengan prinsip perjuangan mereka sebelum ini.

Tegas Tun M lagi, PAS sebelum ini lantang mengritik UMNO apabila menjalinkan kerjasama bersama orang bukan Islam dalam perjuangan mereka dan turut melabelkan tindakan yang dilakukan oleh pihak berkenaan sebagai ‘haram’.

Menurutnya lagi, PAS bijak mengunakan perjuangan mereka yang berlandaskan Islam dan bahasa arab bagi membuktikan mereka berada di pihak yang benar.
"Saya tidak dapat mengenal pasti dari mana datangnya 'tahaluf siyasi' ini dan bila orang Islam dihalalkan apabila melakukannya.
"Dan di masa yang sama permusuhan dengan orang Umno diteruskan kerana kerjasama Umno dengan orang bukan Islam yang tidak bermusuh dengan Islam tidak diberi nama Arab iaitu 'tahaluf siyasi'," kata Tun M dalam tulisannya di dalam blog www.chedet.cc.
Sementara itu, Tun M berkata, tindakan PAS menjalinkan kerjasama bersama PKR dan DAP dilihat satu perkara yang sangat merugikan parti berkenaan.

Jelas bekas Pengerusi Barisan Nasional ini lagi, keputusan Pilihan Raya Umum ke -13 membuktikan sokongan rakyat kepada PAS semakin berkurangan selepas mereka kehilangan kuasa di negeri Kedah sedangkan PKR dan DAP berjaya menguasai Pulau Pinang dan Selangor.

Beliau berkata, PAS masih rugi walaupun bekerjasama dengan DAP dan PKR, ia dibuktikan dengan jumlah kerusi Parlimen yang diperoleh parti Islam itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lepas.
"Tetapi PAS masih tidak berjaya menjadi kerajaan di peringkat pusat. Dalam PRU13 yang dapat kerusi terbanyak dalam Pakatan ialah DAP dengan 38 kerusi, PKR 30 kerusi dan PAS hanya 21 kerusi. Sementara Pulau Pinang kekal di tangan DAP dan Selangor di tangan PKR, PAS hilang Kedah," tambahnya lagi.
Tun M berkata, apa yang dilakukan PKR dan DAP adalah satu helah kedua-dua parti berkenaan mendapatkan sokongan pengundi beragama Islam menyokong mereka dan mejadikan PAS sebagai batu loncatan bagi meraih kemenangan dalam pilihan raya. 

7 ulasan:

  1. tahaluf ciptaan PAS..asal bunyi arab nak keliru umat islam...tapi content dia apa, adakah benar tahaluf,,,siapa kafir yang di tahalufkan tu...yang mengecam islam, yang memburuk buruk kan islam..PAS jangan lah kamu sesatkan orang islam dengan kata kata arab yang ramai orang melayu buta dengan nya,, berjuanglah dengan kebenaran dan ikhlas untuk islam...bukan mengelirukan

    BalasPadam
  2. JAWABLAH WAHAI PAK LEBAI PAS SEKELIAN...AKU DAH JENUH DAH JADI KAFIR AKIBAT FATWA SYOK SENDIRI INI SEMASA AKU TINGGAL DISALAH SEBUAH NEGERI PANTAI TIMUR SATU KETIKA DULU.
    ALIH2 SEKARANG BOLIH PULAK BERKOLABERASI DENGAN PUAK KAFIR ? SIAP PELUK CIUM LAGI. NAH SEKARANG LIHATLAH HASIL BAHALUL SIYALSI PAS. PAS DIHINA DAN DIINJAK2 OLIH RAKAN BAHALUL SIYALSINYA. BALASAN TUHAN KAT DUNIA LAGI. MEMANG PUAK SERBAN PAS CAIR MULUT DALAM MEMBACA HADIS DAN QURAN. TAPI HATI HITAM LEGAM DAN PERASAN RIAK...BOLIH KE MASUK SYURGA ?

    BalasPadam
  3. Pas,dengarlah kata ahli akar umbi.keluarlah dr PR.

    BalasPadam
  4. ha.ha sebijik kena tepat. Asalkan ada bunyi arab semuanya boleh jadi halal pula.

    BalasPadam
  5. UMNO pembela bangsa Melayu.

    BalasPadam
  6. It needs an old senile man to take up the issue. The younger ones do not know how to argue?




    o take up the issue

    BalasPadam
  7. pemimpin2 umno skg ini sudah terhakis sifat kePARTIan.Malay Anya telah bertukar kpd sifat keAKUan dlm kamus politik hari ini..itulah perbezaan antara pemimpin dulu dan skg...Dulu:Biar AKU kalah tapi Parti akan menang tapi Sekarang:Biar Parti kalah janji AKU yg menang..Jadilah hasilnya hari ini:Pemimpin hanya pedulikan nasibnya shj drp memikirkan nasib rakyat yg telah memberi Amanah kpd mereka..Renung,Tenung&Menung kan lah wahai hamba Allah yg telah diangkat menjadi pemimpin hari ini...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.