Huh? Yang mana satu yang betul ni? Dalam satu pentadbiran, takkan boleh ada dua keputusan yang berbeza? Takkan diantara Exco dan Menteri Besar pun tak sehaluan?
Jika sebelum ini, Exco Selangor yang juga merupakan wakil dari kalangan puak - puak DAPigs tu kata, penganjur pesta arak tu dah memenuhi syarat untuk mendapatkan permit.
Maka dengan alasan itu, Rejim Pakatan Selangor atau pun Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) katanya tidak mempunyai hak untuk menghalang mereka dari menganjurkan pesta berkenaan.
“Pihak penganjur juga sedia maklum dengan semua perkara yang telah saya umumkan sebelum ini. Oleh itu, jika pihak penganjur memenuhi syarat yang sama, tiada sebab permit tidak akan diberikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tapi dalam satu lagi kenyataan, Si Menteri Besar Selangor yang baru tu kata, pihak penganjur masih belum mendapat kelulusan dari Kastam dan juga pihak Polis.
Maknanya, pihak penganjur masih belum memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa untuk menganjurkan pesta tersebut dan ianya perlu dihalang dari diteruskan.
"Ia tertakluk kepada garis panduan. Kita belum terima kelulusan daripada beberapa agensi. Sebab dalam perayaan seperti ini mengikut garis panduan yang sedia ada, polis dan kastam akan memberikan kelulusan.
"Dan selepas itu pihak penganjur perlu mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh PBT. Jadi, dia akan patuhlah," kata Azmin selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), hari ini.
Soalnya sekarang, macam mana pihak penganjur tu boleh mengadakan program tersebut sedangkan mereka masih belum dapat kelulusan yang sepatutnya untuk menganjurkan pesta tu?
Jika sebelum ini, ada jugak pihak yang TERLALU PANDAI buat kenyataan kata papan iklan mengenai program tersebut tidak wujud sedangkan ianya memang ada. Hah! Klik Sini.
Kesimpulannya, Rejim Pakatan Haramjadah di Selangor tu sekarang ni sedang menggelupor tak tentu arah apabila isu berkaitan dengan pesta arak tersebut dibangkitkan.
Bayangkan jika pihak ISMA tidak membangkitkan isu itu dilaman media. Sudah tentu puak - puak Pakatan Haramjadah di Selangor tu akan buat tak tau je dan mengaut keuntungan dari pesta yang dianjurkan tanpa mengambil kira kepentingan menjaga kesucian agama Islam!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.