Tindakan empat wanita warga asing berjemur dengan beraksi separuh bogel di Pantai Saujana, Port Dickson sebelum ini telah menggemparkan orang ramai.
Salah seorang saksi yang berada dikawasan tersebut berkata, empat wanita itu yang hanya memakai bikini dilihat tidak mempedulikan orang ramai yang memerhatikan gelagat mereka.
Katanya, tiga daripada wanita itu dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an manakala seorang lagi dalam 40-an terlebih dahulu berenang di pantai itu. Kira-kira pukul 3 petang pantai itu tidak dipenuhi ramai pengunjung.
"Namun, sebaik sahaja orang semakin ramai, keempat-empat wanita itu berhenti berenang dan kembali ke daratan. Mereka kemudiannya berbaring di atas pasir pantai dan tidak menghiraukan keadaan sekeliling," katanya.
Namun saksi tersebut tidak dapat memastikan sama ada keempat - empat orang wanita itu menginap di mana - mana hotel berdekatan pantai tersebut.
Saksi berkata, wanita itu tanpa segan silu terus berada di pantai tersebut tetapi kemudiannya berasa tidak selesa dengan tindakan orang ramai yang memerhatikan mereka.
"Mereka bangkit dan berlalu pergi. Tiada siapa tahu ke mana mereka pergi atau sama ada mereka meninggalkan kawasan itu," katanya.
Seorang lagi saksi mendakwa kesemua wanita tersebut menanggalkan bikini mereka sebaik sahaja selesai berenang dan kembali ke pantai.
PS: Tahan la sebab diorang tu warga asing. Mungkin diorang tak faham dengan sensitiviti masyarakat di Malaysia ni. Jadi, kita boleh terima akal lagi.
Tapi, yang kita peliknya ialah gelagat dan aksi orang Malaysia sendiri. Klik Sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.