Halaman

Jumaat, Oktober 03, 2014

KETUA PEMUDA PAS DALANG DISEBALIK BARUA ANWAR???

Huh, biar betul beb? Adakah benar Si Ketua Dewan Pemuda PAS tu merupakan dalang disebalik serangan yang dibuat oleh Pengampu - Pengampu Si Ketua Penipu tu sebelum ini?

Ceritanya, baru - baru ni ada sekumpulan anak muda yang memang sejak dari dulu lagi tak berapa betul kepala otak mereka tampil buat kecoh depan Ibupejabat PAS Pusat di Kuala Lumpur. (KLIK SINI)

Kumpulan anak muda yang dikenali sebagai LENSA tu katanya hendak menyampaikan memorandum mendesak agar PAS tidak lagi menjadi Anjing yang suka menyalak bukit.

Anak muda yang terdiri daripada 10 itu turut memberi amaran agar PAS terus jadi Pak Angguk Saja atau mengambil tindakan keluar dari menjadi sebahagian dari Pakatan.

Tapi cerita yang disampaikan oleh salah seorang aktivis media sosial PAS yang Pro Ulama, El Haraki menjelaskan bahawa Si Ketua Pemuda PAS itu ada kaitan dengan kumpulan anak muda tu.

Katanya, salah seorang dari yang terlibat dalam kumpulan tersebut juga merupakan Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik Pemuda PAS yang diketuai oleh Si Ketua Pemuda PAS tu sendiri.

Malah, dalam salah satu status yang dikongsikan oleh Si Ketua Pemuda PAS itu juga menjadi bukti bahawa dia turut menyokong tindakan yang dilakukan oleh kumpulan anak muda tu.

Biar pun ahli diperingkat akar umbi terasa terhina dengan tindakan sekumpulan anak muda tu, namun semua itu seolah - olah tidak dipedulikan oleh Si Ketua Pemuda PAS tu sendiri.

Jadi, tak mustahil sekiranya ada yang beranggapan bahawa Si Ketua Pemuda PAS tu merupakan dalang disebalik penghinaan yang cuba dilemparkan kepada kepimpinan PAS.

Sekiranya pendedahan yang dibuat ini benar, maka kita tahu la siapa dia duri dalam daging PAS sebenarnya. Dan orang macam ni perlu diberi pengajaran supaya dia tak jadi golongan MUNAFIK yang tak reti menjaga amanah yang telah diberikan untuk menjaga maruah parti!!!

1 ulasan:

  1. mungkin peranan Pas dlm PR hanya baca Doa shj kot..itulah yg dikatakan Demokrasi oleh PR..ini dinamakan DEMO TAK KASI ore lain kecek nih..Takbirrr

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.