Halaman

Jumaat, Oktober 03, 2014

RAKYAT BOLEH SABAR, PAK MENTERI MACAM MANA???

Aduh!!! Takkan itu pun dia tak faham!!! 
Nampak gayanya apa yang cuba disampaikan rakyat kepada Pak Menteri ni masih belum mencapai tahap yang sepatutnya. Maka sebab itulah Pak Menteri tu buat kenyataan sesuka hati dia.

Berbicara mengenai soal kenaikkan harga minyak yang diumumkan malam kelmarin, kekecewaan rakyat bukan setakat pada isu itu sahaja. Tapi ada lain lagi isu yang terlepas pandang.

Dalam kenyataan yang dibuat oleh Pak Menteri semalam, dia suruh rakyat bersabar dengan kenaikkan harga minyak tu dan menjamin ianya akan memberi kesan Positif.

Maka dengan itu, Pak Menteri tu menyarankan agar semua rakyat bersabar dan menunggu pembentangan Bajet 2015 yang akan dibuat oleh YAB Perdana Menteri nanti.
"Kerajaan jamin dalam kenaikan harga minyak, beban rakyat diambil kira. Jadi kita minta rakyat bersabar dan melihat kenaikan ini secara positif. Selain itu, tunggu pembentangan Bajet kerana perdana menteri akan umum beberapa langkah untuk kurangkan beban rakyat," katanya kepada pemberita.
Soal pasal kenaikkan harga minyak dan kos sara hidup rakyat tu satu bab lain Pak Menteri oi! Cuba la faham sikit apa yang nak disampaikan oleh rakyat bawahan ni. Ambik kira pandangan rakyat.

Yang menjadikan isu kenaikkan harga minyak tu satu polimek bukan sahaja sebab ianya diumumkan secara mendadak. Tapi ianya dibuat pada waktu hampir dengan musim perayaan.

Apa yang dibangkitkan oleh rakyat pada hari ini ialah mengenai KEPRIHATINAN Kerajaan terhadap keadaan sekeliling. Soalnya, kenapa nak naikkan harga minyak tu sekarang?

Terlalu terdesak ke pihak Kerajaan nak naikkan harga minyak tu sampai tak sanggup tunggu selepas selesai pembentengan Bajet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri?

Itu persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat. Rakyat melihat, tindakan yang dilakukan oleh kementerian Pak Menteri tu terlalu tergesa - gesa. Dalam erti kata lainnya, rakyat boleh bersabar dengan kenaikkan harga minyak. Tapi Pak Menteri jangan la klimaks awal sangat!!!

PS: Mujur la dia suruh rakyat bersabar. Kalau dia ulang skrip, "Kalau harga ayam mahal, jangan beli ayam" memang kena bungkus la dia jawabnya!!!

1 ulasan:

  1. Hmm tak tau nak harap sapa mentadbir malaysia harap kan najib menaikan harga minyak je harap kan anwar langkah kajang pun tak lepas...tak kan nak kasi langkah malaysia manpuslah jawapannya...hmm nasib nasib

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.