Halaman

Selasa, Oktober 21, 2014

LANGKAH KETIGA RAFIZI MENJADI PERTIKAIAN!!!

Sudah tidak ramai orang yang membicarakan soal agenda Langkah Kajang yang direncanakan oleh Si Pondan tu sejak kebelakangan ini sedangkan ianya masih memberi ancaman.

Biarpun sebelum ini Si Pondan tu kata rancangan Langkah Kajang yang direncanakan sudah berjaya mendatangkan hasil, namun alasan itu tidak dapat diterima oleh semua pihak. (Klik Sini)

Sebaliknya, masih ada lagi ruang untuk dipertikaikan. Terutama agenda ketiga seperti yang dijelaskan oleh Si Pondan tu masih belum dapat dilaksanakan dipenuhi dengan sepenuhnya.

Kata Si Pondan tu, agenda ketiga itu adalah untuk mereformasikan perubahan dalam pentadbiran bagi usaha penambah-baikkan prestasi sehingga diorang mampu menawan Putrajaya.

Soalnya, perubahan bagaimana yang dimaksudkan oleh Si Pondan tu dan kenapa ianya masih belum berjaya? Adakah sebab pentadbiran itu dikuasai oleh Azmin ketika ini tidak dapat direalisasikan?

Atau, adakah ianya sebab usaha mereka untuk menggerakkan agenda Subversif yang direncanakan sebelum ini masih belum berjaya untuk disempurnakan dengan baik?

Hakikatnya, agenda subversif puak - puak Pakatan Haramjadah tu kini sudah menjadi satu rahsia umum dan mereka tidak dapat sesekali pun untuk menafikannya.

Agenda tersebut adalah untuk mengubah Perlembagaan dan menggugurkan Kuasa Mutlak Raja - Raja Melayu untuk memilih atau melantik Menteri Besar dan Perdana Menteri.

Usaha itu yang direncanakan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu sebenarnya dalam Langkah Kajang. Usaha asal mereka adalah untuk mencabar sistem tersebut dari sudut perundangan.

Maka sebab itu Si Pondan tu masih lagi mempertikaikan isu perlantikan Azmin biarpun ianya mendapat sokongan dan dokongan dari semua pihak dalam Pakatan Haramjadah tu.

Si Pondan tu kata, perlantikan Azmin sebagai Menteri Besar tidak mengikut Undang - Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang menolak suara majoriti dikalangan ADUN.

Soalnya, jika perlantikan itu tidak sah, kenapa puak - puak Pakatan Haramjadah tu tak nak bangkitkan isu tu didalam mahkamah? Realitinya, agenda Si Pondan tu sebenarnya boleh dianggap seperti api dalam sekam. Takut satu hari nanti, diri dia sendiri jugak yang terbakar!!!

1 ulasan:

  1. SESIAPA PUN YANG TIDAK SUKA ATAU SETUJU DENGAN SISTEM RAJA PERLEMBAGAAN BOLEH BERAMBUS DARI BUMI MALAYSIA INI. TIDAK KIRA MANA-MANA BANGSA ATAU KAUM ! ! ! !

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.