Halaman

Rabu, Oktober 01, 2014

MUJAHID RAWA DIMALUKAN OLEH POMPUAN!!!

Malang sungguh bila Arwah Tuan Guru bagi Sekolah Agama mempunyai anak sedemikian rupa dihadapan khalayak umum oleh seorang perempuan yang jelas sesat tidak beragama.

Dengar kata ada seorang peserta forum mencadangkan supaya Si Mujahid Yusof Rawa meninggalkan PAS dan menyertai parti yang bukan berasaskan agama.

Cadangan itu dibuat selepas mendengar ceramah Mujahid dalam forum bertajuk ‘Malaysia ke arah anti-diskriminasi” yang dianjurkan oleh Pusat KOMAS semalam.

“Jika anda (Mujahid) kata agama penting untuk kehidupan, saya tidak bersetuju dengan anda. Terdapat ramai manusia yang yang tidak mempercayai apa-apa agama, tetapi mereka mempunyai kehidupan yang sangat baik.

“Sebenarnya agama mesti dipisahkan daripada politik. Jadi kita boleh maju. Selagi Malaysia mencampuradukkan agama dengan politik, kita akan selama-lamanya berada dalam dilema. Untuk YB Mujahid, tolong tinggalkan PAS, dan pergi kepada parti yang tidak berasaskan agama,” sarannya sambil disambut gelak ketawa.
Jelas, kenyataan yang dibuat oleh peserta itu satu kenyataan yang sesat dan menyesatkan. Tapi malangnya Si Mujahid Rawa tu tak sedikit pun membetulkan pandangan peserta tu.

Sebaliknya dia hanya membiarkan pandangan tersebut disambut dengan gelak ketawa seolah - olah ianya satu bahan lawak jenaka yang boleh dijadikan hiburan.

Hakikatnya, Politik memang sebahagian dari kehidupan dan ianya tidak boleh nak dipisahkan dari agama kerana agama itu adalah kehidupan.

Nak pulak bagi agama Islam. Tetapi, bagi sebuah parti macam PAS, diorang mempergunakan agama Islam demi kepentingan peribadi diorang semata - mata.

Maka sebab itu Si Mujahid tu tak betulkan pandangan wanita tersebut. Sebaliknya dia hanya mendiamkan diri dan dilihat tidak menegakkan Islam sebagai satu agama yang suci.

Dan kini, puak - puak Evangalist DAPigs pulak buat benda yang sama, mempergunakan agama Kristian untuk kepentingan mereka. Jadi, semua ini salah siapa? Adakah salah agama itu atau salah parti politik yang mempergunakan agama tu sebagai modal untuk meraih sokongan? Korang fikir la sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.