Nampak gayanya serangan PAS terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dinamakan PASMA (Sebut PASMA-Cai) itu tetap berterusan sehingga hari ini.
Tergugat sungguh PAS dengan kewujudan NGO tu rupanya ye. Adakah sebab mereka takut PASMA-Cai tu akan menggugat kedudukan mereka sebagai sebuah parti Politik?
Atau adakah PAS takut kewujudan NGO itu akan menggantikan kedudukan mereka dalam Pakatan Haramjadah tu dimasa akan datang? Mungkin itu yang membuatkan mereka tergugat.
Dalam kenyataan hari ini, Pesuruhjaya PAS Terangganu sekali lagi memberi amaran kepada mana - mana ahli agar tidak menyertai pertubuhan tersebut kerana ianya akan merosakkan parti.
“Mereka rosakkan parti dan tidak wajar ahli Pas bersama-sama mereka. Tugas mereka mengkritik Pas sedangkan Pas ada saluran dalam parti. Kita minta ahli Pas ikut parti.
“Orang yang berasa kecewa sahaja berada dalam Pasma. Kita harap jangan terlibat dengan NGO ini sebagaimana arahan Pas Terengganu sebelum ini,” katanya, semalam.
Nampak sangat la yang PAS ni sebenarnya takut dengan perpecahan dalaman sehingga mereka jadi takut tak tentu arah. Perkara tu bukannya tak pernah berlaku sebelum ini.
Sekiranya mereka benar - benar rasa tergugat dengan pertubuhan tersebut, kenapa mereka tidak mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka yang terlibat dalam pertubuhan tu?
Kenapa diorang tak kenakan tindakan disiplin terhadap mana - mana ahli dan juga pemimpin parti yang terlibat? Bukan ke cara itu lebih efektif dan jauh lebih berkesan?
Langkah itu dilihat lebih wajar untuk diambil bagi memastikan tidak ada ahli atau pun pemimpin yang terlibat. Kalau setakat bagi amaran guna air liur je, apa faedahnya? Sekadar mengabihkan masa tak tentu arah, baik tak payah!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.