Halaman

Selasa, Oktober 14, 2014

PENSYARAH NON-MUSLIM MALUKAN KHALID SAMAD!!!

Biarpun sebelum ini DAPigs bangga dengan sifat Liberalis yang ditonjolkan serta sokongan yang diberikan oleh Si Khalid Samad tu terhadap Oktoberfest, tapi tak semua orang berpendapat begitu.

Pendirian Si Khalid Samad, sepertimana yang kita sedia maklum menjelaskan bahawa pesta arak yang terbesar di Malaysia itu tidak perlu dihalang dan tidak wajar dibantah oleh orang lain. (Klik Sini)

Selain itu, Si Khalid Samad dalam status yang dimuat naikkan melalui laman sosial twitter miliknya turut mendakwa bahawa orang Bukan Islam ni memang hari - hari minum arak.

Kenyataan tersebut dilihat cuba memberi gambaran bahawa orang Bukan Islam ni memang menggalakkan meminum arak setiap hari tanpa sebarang halangan dikalangan mereka.

Namun itu bukan hakikatnya. Seperti mana yang dijelaskan oleh seorang Pensyarah Non Muslim, Timmy Tay dalam blognya, ibu bapa Non Muslim tidak pernah menggalakkan anak - anak mereka minum arak.
"Dalam kebanyakan keluarga bukan Islam, kehadiran arak di rumah adalah perkara biasa. Namun sebagai ibu bapa, jarang ada yang menggalakkan anak-anak untuk minum minuman keras tersebut."
Malah, kata Timmy, Ibu Bapa mereka sebenarnya bimbang anak-anak yang minum minuman keras ini tidak pandai mengawal pengambilannya sehingga mendatangkan malapetaka pada diri.
"Mereka juga bimbang anak-anak ini kehilangan nyawa ketika memandu setelah menikmati minuman keras. Walaupun mengambil minuman keras satu perkara biasa di keluarga bukan Islam, ia bukan sesuatu yang digalakkan."
Dalam ertikata lainnya, ada jugak halangan dan kekangan yang diberikan oleh ibu bapa mereka yang Bukan Islam terhadap anak - anak agar tidak menjadi peminum arak.

Tapi yang kita herannya, kenapa seorang pemimpin beragama Islam seperti Si Khalid Samad tu sendiri kata tak boleh melarang atau membantah pesta sedemikian diadakan?

Walhal, Si Khalid Samad tu sendiri sedia maklum dengan akibat serta keburukkan yang bakal menimpa sekiranya seseorang itu meminum arak. Ianya sudah lama termaktub dalam Hukum Islam. Takkan itu pun Si Khalid Samad tu sendiri tak tau kot???

7 ulasan:

  1. Tuan penulis, itu lah yg dinamakan ahli politik...khalid samad adalah tidak lebih dari itu

    BalasPadam
  2. sikit hari nanti mungkin ada pulak orang anjur syabufest secara besar2an ?

    BalasPadam
  3. Kerajaan pakatan pas pkr dapigs secara terang2 melawan larangan Tuhan...adakn pesta bogel pantai, pesta arak, pesta mkn babi panggang, pesta seks, .... maklum la pengundi2 pakatan rakyat nie org bandar yg bijak bestari adanye...

    BalasPadam
  4. Si khalid beer ni apa yg dia tau....salah org shah alam pilih dia lagi...

    BalasPadam
  5. Pesta Oktoberfest atau pesta hidangan minuman beer Calsberg secara besar-besaran yang dikatakan dihadiri oleh 5000 perhimpunan adalah kemenangan moral kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor.
    Menariknya aktiviti sebegini mendapat maklumbalas hebat daripada rakyat Malaysia. Pandangan saya pesta oktoberfest syarikat beer Carlsberg mungkin boleh dibenarkan terhad berlaku didalam kawasan compound premis kilang Carlsberg shj.
    One utama adalah premis berlesen bagi aktiviti perniagaan pusat membeli-belah tumpuan orangramai yang dikunjungi oleh pelbagai lapisan etnik masyarakat kecil besar yang berbilang agama dan bangsa. Mempromosikan beer oktoberfest ditempat umum seumpama ini adalah subjek permohonan kelulusan lesen yang tidak sepatutnya berlaku ditempat yang telah diberi kebenaran menjalankan kegiatan perniagaan yang tiada kaitan dengan pesta meminum minuman keras.
    Kesimpulannya pesta yang berkaitan pengambilan alkohol adalah tidak sesuai diransang dinegara ini dan tidak perlu diberi kelulusan melainkan ianya diadakan dalam kawasan premis kilang Carlsberg shj.

    BalasPadam
  6. Allah swt telah meletakkan hukum HARAM keatas arak,jadi wahai manusia2 yg bertopengkan agama Allah, tunggulah hukuman & balasan Allah keatas mu nanti..ALLAH MAHA BESAR

    BalasPadam
  7. Malu lah skit dgn komen org bukan Islam kepada wakil rakyat yg berugama Islam. Sepatutnya dia membantah upacara yg tak mendatangkan faedah kepada semua manusia.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.