Huh! Ingatkan Si Menteri Besar Selangor yang baru ni hebat sangat la orangnya sampai tahap sanggup dia tak tidur malam semata - mata kerana memikirkan tentang masalah Negara.
Tapi rupanya, masalah dalam Negeri sendiri pun dia masih tak mampu nak selesaikan. Sehingga hari ini, masalah bekalan air bersih masih lagi menemui jalan buntu dan membelenggu rakyat.
Dah la masalah rakyat pun tak mampu dia nak selesaikan. Dia tambah pulak bebanan kepada rakyat dengan cadangan untuk menaikkan tarif air selepas penstrukturan semula dijalankan kelak.
(Artikel Berkaitan: MB Cap Ayam Bakal Naikkan Tarif Air!!!)
Tambah memalukan ialah apabila Si Menteri Besar Selangor tu hanya meminta penduduk Semenyih bersabar sehingga September depan selepas urusan pengambilalihan syarikat konsesi air diselesaikan.
ADUN Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz menyifatkan Rejim Pakatan Selangor sebagai tidak bertanggungjawab apabila gagal menyediakan pelan jangka pendek untuk mengatasi masalah tersebut.
"Kerunsingan saya adalah tempoh hingga September depan. Apakah kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPENS) yang dikatakan melakukan pemantauan di Semenyih melakukan langkah jangka pendek? Jika dahulu bekas menteri besar ada juga buat Hybrid Off River Augmentation System (HORAS).
"Apakah Azmin akan sediakan tangki air? Saya tidak dapat jawapan sebegitu," katanya ketika di sidang medianya, tengah hari tadi. Masalah gangguan air di Semenyih mula memburuk sejak tahun lalu.
Dalam masa yang sama, Rejim pimpinan Si Menteri Besar Selangor ni juga turut bertindak secara kuku besi apabila menghalang Si Khalid Ibrahim tu nak bertanyakan soalan tambahan.
Ramai yang melihat, tindakan Speaker Dewan yang tidak membenarkan Si Khalid Ibrahim tu meneruskan soalan tambahan dia semalam sebagai satu tindakan sabitaj terhadap ADUN Perlabuhan Klang tu.
Tapi apabila ditanya oleh pihak media, Speaker Dewan Selangor tu hanya sekadar memberikan alasan Retorik 'Masa Dah Habis' sebagai tindakannya terhadap Si Khalid Ibrahim tu.
Nampak sangat la Rejim Pakatan Selangor tu TAKUT pada bayang - bayang diorang sendiri. Dah masalah Negeri sendiri pun tak mampu nak diselesaikan. Orang nak tanya soalan pun diorang takut. Itu membuktikan yang diorang ni setakat pandai cakap je, tapi buat kerja tak reti!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.