Hebat betul Si Menteri Besar Selangor ni rupanya. Biarpun selama hari ini dia GAGAL untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat, tapi dia masih lagi ada masa nak menekan rakyat.
Jika sebelum ini, Si Menteri Besar Selangor tu mendakwa bahawa dia sampai tak boleh tidur malam selama beberapa bulan kerana memikirkan masalah yang dihadapi Negara pada ketika ini.
Namun kenyataan Si Menteri Besar Selangor tu dilihat sebagai satu tindakan yang sengaja dibuat untuk memperbodohkan rakyat. Nak fikir masalah Negara, tapi masalah Negeri pun tak selesai.
(Artikel Berkaitan: MB Cap Ayam Tak Tidur Malam Dibuatnya!!!)
Selama hari ini, rakyat terpaksa menanggung beban dan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan air bersih disebabkan Si Menteri Besar Selangor tu sibuk nak berpolitik.
Dan sehingga hari ini, masalah yang masih lagi membelenggu rakyat berkaitan dengan bekalan air bersih tu masih lagi tidak dapat diselesaikan oleh Rejim Pakatan pimpinan Si Menteri Besar Selangor ni.
Mungkin dengan cadangan untuk menaikkan tarif air di Negeri Selangor tu merupakan diantara ilham yang dicapai oleh Si Menteri Besar Selangor tu selepas beberapa bulan dia tak boleh tidur.
Mungkin dia ingat, dengan menaikkan tarif air tu bakal menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat pada ketika ini. Tapi, apa boleh buat. Dah nama pun dia MB Cap Ayam. Jadi memang setakat itu je la pemikiran dia!!! Bukannya dia nak selesaikan masalah rakyat sangat pun!!!
SHAH ALAM – Rakyat Selangor berkemungkinan akan menanggung kenaikan tarif air pada masa akan datang setelah perjanjian utama penstrukturan industri air negeri itu dimuktamadkan termasuk pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi.
Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata kenaikan tarif itu mungkin difikirkan untuk jangka masa panjang mengikut jangkaan kos pengambilalihan yang ditanggung oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).
“Perjanjian yang akan dimuktamadkan pasti mempunyai kos proses penstrukturan dalam memastikan perkhidmatan air yang berkualiti, namun kerajaan negeri tidak akan bebankan rakyat.
“Dalam usaha mengurangkan 35 peratus kadar air tidak terhasil (NRW) ketika ini, pastinya ia memerlukan kos yang besar bagi menangani perkara tersebut,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini Isnin.
2 bulan xtidooo...tiba2 nk naik tarif air ... MB cap ayam
BalasPadamLagi baik tak payah sign rakyat untung
BalasPadam