Halaman

Rabu, Ogos 26, 2015

MP PKR DEDAH "KEBURUKAN" KERAJAAN NEGERI PAHANG!!!

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan Yaakob hari ini mengumumkan tentang keputusan beliau dan seluruh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negerinya untuk mengisytiharkan harta masing-masing kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dato’ Sri DiRaja Adnan membuat pengumuman mengenai keputusan ini pada persidangan media sempena ‘Program Taklimat & Wacana SPRM Pahang bersama Ahli Parlimen, ADUN dan Senator Negeri Pahang’ pada pagi Selasa, 25 Ogos, di sini.  
Kita akan isytiharkan harta kita yang ada dan mungkin dari masa ke semasa, kalau ada tambahan, pelupusan; kita akan (turut) laporkan kepada pihak SPRM,” katanya pada persidangan media yang turut disertai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Pahang dan Ahli Jawatankuasa Khas (JKMR), Dato' Fauzi Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota.
Pengumuman ini mendapat reaksi spontan terutamanya dari Dato’ Fauzi Abdul Rahman, Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota yang hadir sama dalam pada persidangan media tersebut.

Selain itu, Ahli Jawatankuasa JKMR itu juga telah menyatakan betapa mereka dikalangan Pembangkang sangat mengalu-alukan langkah sepertimana Dato’ Sri DiRaja Adnan umumkan itu.  
“Ini memperlihatkan ketelusan dan integriti yang wujud dalam kepimpinan Kerajaan Negeri. Dan bagi pihak JKMR, saya sepertimana Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM katakan tadi, keberanian YAB Menteri Besar untuk men‘declare’kan, mengisytiharkan harta adalah satu perkara yang amat luar biasa,” katanya.
Ahli Parlimen PKR itu juga turut mendedahkan bahawa dalam tempoh tiga (3) tahun kebelakangan ini, tiada satupun laporan mahupun ‘surat layang’ mengenai kegiatan rasuah yang dilakukan oleh mereka dikalangan ‘orang politik’ di negeri ini.
“Saya berasa sukacita untuk memaklumkan, dalam tempoh beberapa tahun ini, minimum tiga tahun ini, tidak ada satu kes pun – bukan nak kata laporan, tetapi ‘even’ surat layang berkenaan dengan rasuah dalam kalangan orang politik, tak ada. 
“Saya sebagai orang Pahang (dari) kawasan Indera Mahkota, ‘something that I can be proud of’lah,” katanya.
Dalam erti kata lainnya, selama hari ini Macai Pakatan Haramjadah tu dok menyalak tak tentu arah macam orang Hilang Akal menuduh benda yang bukan - bukan terhadap Kerajaan Negeri Pahang tu hanya sekadar fitnah belaka!!! Bukannya diorang ada bukti pun!!!

1 ulasan:

  1. Sewajarnya PM dan kabinet turut serta.mencontohi.
    Jangan buat tak faham sindiran Adnan.

    Begitu juga dengan lim guan eng, jangan buat tuli pula.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.