Pihak Penguatkuasa Agama Islam di kawasan Jawa Timur hari ini telah menggesa seorang lelaki warganegara Indonesia yang bernama 'Tuhan' supaya mengubah namanya secara keseluruhan.
Menurut Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) Bahagian Jawa Timur, sebagai seorang manusia, tidak layak menjadikan perkataan 'Tuhan' itu sebagai sebahagian daripada nama asal mereka.
"Jangan sampai manusia menyembah (manusia) bernama 'Tuhan' nanti," kata Abdussomad Bukhor kepada detiknews.com, semalam.
Abdussomad juga turut menerangkan bahawa penggunaan nama 'Tuhan' pada nama manusia adalah tidak sesuai dan tepat mengikut hukum syarak bagi mereka yang beragama Islam.
"'Tuhan' memang nama yang baik, tapi tidak sesuai, kerana ia mensyirikkan Tuhan (sebenar). Tuhan adalah zat yang disembah," katanya lagi.
Maka atas dasar itu, beliau mencadangkan supaya lelaki tersebut mengubah namanya secara keseluruhan atau menambah apa - apa nama di hadapan 'Tuhan' bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.
Namun, dalam pada masa yang sama, kad pengenalan lelaki berkenaan telah diambil oleh pihak Penguatkuasa sehinggalah beliau mengubah namanya seperti mana yang telah diarahkan.
Itu mujur ada orang letak nama 'Tuhan'. Silapnya, mungkin Mak dengan Ayah dia tak tau mengenai perkara tersebut. Kurang pemahaman mengenai soal agama pun boleh dijadikan alasan jugak.
Tapi yang lebih hebatnya di Malaysia ni, bukan sahaja ada orang yang Gila letak nama dia sebagai 'Tuhan'. Bahkan yang Gila mengaku diri dia sebagai Tuhan pun ada jugak. Nauzubillah!!!
Punya taksub dengan diri sendiri nak meraih perhatian dari orang ramai sampai tahap itu dia sanggup buat. Dan yang lebih Gila lagi ialah apabila ada jugak orang yang ikut! Memang Gila betul. Diorang ni memang sah lagi Gila dari Si Ketua Penipu tu!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.