Halaman

Rabu, September 09, 2015

DAPigs TERUS BERI TEKANAN KEPADA MB CAP AYAM!!!

Nampak gayanya, puak - puak DAPigs tu tetap terus memberikan tekanan kepada Si Menteri Besar Selangor tu berhubung isu skandal Dana Rakyat berjumlah RM 30 billion dibawah DEIG.

Ahli Parlimen DAPgs - Serdang hari ini mendesak agar Si Menteri Besar Selangor tu memberikan penjelasan berhubung isu kerugian anak syarikat yang berada di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI) dan perkaitannya dengan DEIG.

Dalam kenyataan hari ini, Ahli Parlimen DAPigs terkejut apabila mendapati hanya lapan daripada 28 syarikat di bawah MBI yang mencatatkan keuntungan dan menyuarakan kebimbangan adakah syarikat-syarikat itu bakal diletakkan di bawah DEIG.
“Sama ada wujud atau tidak penstrukturan semula di bawah DEIG atau secara langsung di bawah MBI, ia masih menimbulkan perdebatan.
“Pada masa ini, hanya terdapat sedikit sahaja maklumat di laman web DEIG yang menunjukkan terdapat apa-apa strategi yang masuk akal,” kata Ahli Parlimen DAP itu dilapor The Rakyat Post.
Malah dia juga menyebut anak-anak syarikat MBI yang mengalami kerugian antaranya adalah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB), lima daripada tujuh anak syarikat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan lain-lain.

Semalam, Ahli Parlimen DAPigs berkenaan dilaporkan The Malay Mail menggesa MB Selangor untuk mendedahkan akaun penuh MBI dan jumlah pampasan kepada eksekutif MBI kepada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bahkan, MB Selangor itu juga turut diminta untuk membuat semakan dan mendedahkan dasar dividen MBI dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang berada di bawahnya untuk mengelakkan ketidak-telusan.

Hakikatnya, tindakan Si Menteri Besar Selangor tu cuba nak mengelakkan diri dari menjelaskan isu tersebut hanya dilihat sebagai satu tindakan untuk menyembunyikan kelemahan diri dia sendiri.

Apa yang jelas, isu berhubung Dana Rakyat sebanyak RM 30 billion yang kini dikuasai oleh DEIG tu akan terus menjadi persoalan dikalangan rakyat. Kalau bab pertikai pasal orang lain, pandai sangat. Tapi bila kena batang hidung sendiri, tau pulak Si Menteri Besar Selangor tu nak melarikan diri!!!

2 ulasan:

  1. Menteri Besar BERSIH 4.0 konon. Otak penuh dgn pemikiran longkang adalah. Orang lain aje tak betul. BERSIH tapi TAK BERSIH.

    BalasPadam
  2. Gila kuasa tapi tak pandai nak menguruskan pentadbiran negeri habis lingkup semuanya, lama lama habis asset kerajaan selangor digadai. Tak ada pulak tun bising pasal isu ni benda dah jelas penyelewengan berlaku mungkin sebab azmin anak angkat tun atau tiada kepentingan politik.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.